Senarai Lagu Peserta Gegar Vaganza Fantasia Minggu 4

Kini sudah memasuki minggu baru. Jadi bintang GVF pun dapat lagu baru untuk dipersembhkan dihadapan juri. Jom kita tengok senarai lagu untuk peserta-pesert Gegar Vaganza Fantasia 2026 untuk minggu 4.

Minggu sebelumnya iaitu minggu ke-3, kita telah menyaksikan buat pertama kali kesemua 13 peserta membuat persembahan diatas pentas. Ini berikutan GVUNDI MASUK yang telah memberikan 4 peserta untuk bersama dengan 8 peserta asal yang lain.

BACA JUGA : Akim, Farah, Felix Dan Ara Berjaya Masuk Ke GV Fantasia

Pada minggu tersebut, telah diberikan tema AF Re-Do dimana peserta-peserta akan menyanyikan kembali lagu-lagu yang pernah mereka bawa ketika dalam Akademi Fantasia dan pastinya memberikan kualiti yang lebih baik.

Konsert minggu ke-3 telah berlangsung pada 22 November yang lalu. Sama seperti pada minggu pertama dan kedua dimana tiada penyingkiran yang berlaku. Kesemua 13 peserta berjaya mara ke minggu seterusnya apabila peroleh lagu ketika segmen #AdaLaguAdaLagi.

Ketika itu juga, Zahid berjaya berada di tempat pertama dengan memperoleh 62.20% dan diikuti dengan pasangan suami isteri, Stacy ditempat kedua dan Akim ditempat ketiga masing-masing di peratusan 61.77% dan 59.97%.

BACA JUGA : Senarai Markah Peratusan Semua Peserta GV Fantasia Di Minggu Ketiga

zahid nombor 1 gv fantasia minggu 3

Minggu ke-4 pastinya saingan akan menjadi lebih sengit. Siapa sangka peserta yang berada di kedudukan bawah berjaya menempatkan diri di bahagian atas carta. Jika tidak memberikan persembahan yang terbaik, kedudukannya pasti akan turun ke bawah.

Senarai Lagu Peserta Gegar Vaganza Fantasia Minggu 4

Untuk minggu ketiga sebelum ini menyaksikan Faizal berjaya merangkul Anugerah Glam Alha Alfa selepas mendapat undian tertinggi daripada peminat. Dengan itu, beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Manakala untuk Anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi dimenangi oleh Mawi. Dengan kemenangan tersebut, beliau peroleh undian online tertinggi dan hadiah wang tunai berjumlah RM2,500.

Jadi untuk minggu ke-4, dengan tema Live Jacket yang mana menandakan pertandingan semakin serius. Lagu ini mungkin menjadi talian terakhir peserta sebelum ada peserta yang tersingkir buat kali untuk dalam Gegar Vaganza Fantasia kali ini.

Barisan hos, Nabil, Jihan dan Sherry akan membawa lagu Ibu Kota Cinta nyanyian asal Def-Gab-C untuk persembahan pembukaan minggu 4 nanti. Seterusnya, jom kita tengok senarai lagu untuk barisan peserta:

PesertaLagu
ZahidSekadar Di Pinggiran (Francissca Peter)
StacyPurnama Merindu (Datuk Sri Siti Nurhaliza)
AkimMahakarya Cinta (Faizal Tahir)
MilaSampai Bila (Misha Omar)
AraTiada Tangis Lagi (Ella)
MawiSuci Dalam Debu (IKLIM)
VinceAll Of Me (John Legend)
FaizalSelingkar Kasih (Rem)
ShahirPurnama (Naim Daniel)
FelixKita Ditakdirkan Jatuh Cinta (Spring)
FarahSamar Bayangan (Nicky Astria)
FirmanSemalam Yang Hangat (Wings)
FaizulItu Kamu (Estranged)

Inilah yang dikatakan, nitizen minta, Astro bagi. Nitizen sebelum ini mahukan versi penuh Mahakarya Cinta daripada Akim selepas beliau memberikan teaser ketika menjadi juri di Big Stage. Now beliau akan persembahkan lagu tersebut di atas pentas GVF.

Lagu yang dikatakan ‘berhantu’ dan sukar untuk dibawakan oleh tuan empunya diri iaitu menerusi Purnama Merindu akan dipersembahan oleh Stacy. Adakah beliau berjaya ditukarkan kepada ‘malaikat’ lagu tersebut itu nanti.

Pasti ramai yang tak sabar untuk menunggu konsert untuk minggu ke-4 nanti. Jadi jangan lupa siaran langsung pada 29 November 2026, hari Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria dan secara live streaming hanya di Sooka.

Leave a Reply