Tarung, Libang Libu, Kudrat 1968 Antara Filem Bakal Masuk Netflix Pada September Ini

Nampaknya filem yang bakal masuk Netflix untuk bulan September kali ini bukan calang-calang. Banyak cerita best ni. Rasanya untuk bulan ni berbaloi la untuk subscribe atau langgan Netflix bulanan ni kan.

Mesti ramai dah tahu, biasanya filem-filem yang sudah selesai tayangan di pawagam, seterusnya akan masuk ke platform OTT seperti Netflix, HBO Max, Prime Video, Disney+ yang antara paling popular di Malaysia terutamanya filem-filem tempatan.

BACA JUGA : Senarai Filem Melayu Ditayangkan Di Pawagam Sepanjang 2026

Jadi bagi anda yang mungkin tak sempat menonton di pawagam atau nak menonton sekali lagi, anda boleh tunggu filem tersebut masuk ke platform OTT. Jadi anda boleh langgan dan menonton filem tersebut beberapa kali pun anda mahu.

Netflix merupakan antara platform utama yang mana biasanya akan keluar filem-filem tempatan. Untuk September 2026, nampaknya kandungan Netflix akan lebih menarik apabila banyak filem lokal bakal masuk Netflix.

Senarai Filem Tempatan Bakal Masuk Netflix Untuk September 2026

Jadi kalau anda nak tahu filem-filem melayu apa yang akan masuk Netflix termasuk filem popular untuk sepanjang September ini, anda boleh lihat senarai dibawah :

  • Tarung: Unforgiven – 9/9
  • Libang Libu – 11/9
  • Kudrat 1968: High Council (Siri 4 episod) – 11/9
  • Kisah Bawah Tanah (Animasi) – 16/9
  • 6 Jilake – 20/9
  • Wonka’s The Golden Ticket – 23/9
  • The Furios: Pertaruhan Maruah – 28/9
  • Lego One Piece – 29/9

Boleh tengok juga senarai filem, siri dan animasi lain yang bakal ditayangkan di Netflix untuk September kali ini seperti dibawah:

filem melayu netflix 2026

Sumber : Netflix Malaysia

Leave a Reply