Untuk anda yang tak tahu atau mungkin pertama kali nak guna, disini aku kongsikan cara buat balance transfer kad kredit Maybank. Jadi anda boleh transfer perbelanjaan anda dari kad kredit bank lain ke kad kredit maybank anda.
Balance Transfer antara satu ciri yang diperkenalkan bagi setiap kad kredit yang dikeluarkan oleh bank. Rasanya memang setiap bank yang mengeluarkan kad kredit ada menawarkan ciri ini bagi setiap penggunanya.
Akan tetapi yang berbeza bagi setiap kad kredit ini adalah caj bulanan dan jumlah minima yang diperlukan. Paling best ada yang menawarkan 9% tanpa caj tambahan dan ada juga yang menawarkan sehingga 18% setahun. Bergantung kepada bank.
BACA JUGA : Cara Tambah Limit Kad Kredit Menggunakan Emel
Jadi untuk balance transfer kad kredit Maybank ini, kini mereka menawarkan 0% tanpa caj untuk tempoh sehingga 12 bulan. Tetapi hanya dikenakan yuran pendahuluan sekali sahaja iaitu 3% termasuk 8% untuk caj SST untuk yuran tersebut.
Cara Buat Balance Transfer Kad Kredit Maybank
Khusus untuk pengguna Maybank sahaja, anda boleh ikuti cara dan langkah dibawah untuk buat balance transfer kad kredit Maybank dengan menggunakan Maybank2u.
Langkah 1 – Login akaun Maybank2u
Seperti biasa, anda perlu login akaun Maybank2u anda di https://www.maybank2u.com.my/ dengan menggunakan username dan password yang telah ditetapkan.
Langkah 2 – Pergi Ke Apply
Kemudian pada halaman utama, anda pergi ke tab ‘Apply’ dan klik. Seterusnya pergi ‘Card’ dan cari Balance Transfer Facilities, klik APPLY NOW

Langkah 3 – Mohon Balance Transfer
Pada Card Details, pilih kad kredit anda yang ingin buat balance transfer. Disini akan dipaparkan baki yang anda boleh gunakan. Tidak boleh lebih daripada jumlah tersebut.
Seterusnya di Balance Transfer Plan, disini anda boleh pilih plan yang telah ditetapkan oleh pihak Maybank. Disini aku pilih pakej G iaitu untuk 12-bulan dengan 0% tanpa caj tambahan.

Pada bahagian Card, anda perlu isikan butiran kad kredit daripada bank lain untuk anda transfer baki tersebut kepada kad kredit Maybank. Masukkan nama bank, jenis kad, no. kad kredit dan jumlah yang ingin dipindahkan. Seterusnya klik Add Card +
Akhir sekali, jika sudah lengkap, klik Submit
Langkah 4 – Proses Pengesahan
Akhir sekali anda perlu sahkan segala butiran yang dimohon. Jika sudah lengkap dengan bayaran yang perlu dibuat, anda klik Request dan teruskan sehingga selesai.

Tunggu Sehingga Pihak Bank Meluluskan Permohonan
Anda kini sudah selesai mohon balance transfer bagi kad kredit Maybank. Tapi disebabkan ianya adalah permohonan, maka akan ada proses pengesahan dan akan diumumkan sama ada berjaya atau gagal.
Status permohonan akan dimaklumkan menerusi SMS dan Emel. Biasanya hanya mengambil masa 1 hari bekerja sahaja.

Jika sudah berjaya, akan dipaparkan dalam transaksi Kad Kredit anda yang mana anda boleh semak di Maybank2u atau aplikasi MAE. Akan dipaparkan dibawah nama BALANCE TRANSFER PLAN : 001/012 bersama jumlah yang perlu dibayar setiap bulan sehingga selesai.
