Takwim & Kalendar Akademik 2027 Untuk Murid Sekolah (Cuti Sekolah)

Menerusi Takwim atau Kalendar Akademik 2027 yang dikeluarkan untuk pelajar sekolah, ibu bapa boleh membuat perancangan lebih awal dan teratur untuk segala perkara terutamanya melibatkan hari cuti.

Daripada takwim ini, kita boleh tahu berapa lama atau berapa minggu sesi pembelajaran di sekolah. Kemudian bila tarikh mula sekolah, bila cuti sekolah dan bila waktu akhir sekolah. Semuanya telah disediakan oleh pihak KPM.

Kalendar Akademik 2027 Untuk Murid Sekolah

Kebiasaanya setiap tahun pihak KPM akan keluarkan 2 jenis takwim Akademik iaitu bagi Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap daripadanya ada sedikit perbezaan hari.

Untuk Kumpulan A melibatkan sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala Kumpulan B untuk sekolah-sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Untuk tahun 2027, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan dan menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan akan bermula serentak untuk Kumpulan A dan Kumpulan B iaitu pada 4 Januari 2027 (Isnin).

Kalendar Akademik – KUMPULAN A

kalendar akademik 2027 kumpulan A

Kalendar Akademik – KUMPULAN B

kalendar akademik 2027 kumpulan B

Cuti Perayaan Tahun 2027

Selain daripada cuti persekolahan dalam Takwim Akademik, terdapat juga cuti perayaan sepanjang tahun 2027. Dalam masa sama, KPM juga telah memperuntukkan tambhan cuti perayaan seperti dalam jadual dibawah:

Sumber : https://www.moe.gov.my/

Leave a Reply