Fuh rasanya perkara macam ni tak pernah lagi berlaku dalam mana-mana edisi GV sebelum ini sehingga sampai di Gegar Vaganza 12. Buat kali pertama apabila ada 4 negera yang akan bersaing merebut gelaran juara di pentas akhir Gegar Vaganza.
Rasanya setiap tahun siapa yang layan Gegar Vaganza ni dah tahu yang mana selain Malaysia akan ada peserta atau bintang yang mengambil bahagian datang dari luar negara iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.
Tapi untuk GV12 kali ini ada satu lagi negara tambahan iaitu daripada Filipina. Ya, Mark Adam. Walaupun beliau banyak mengeluarkan lagu-lagu Melayu di Malaysia dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu serta kahwin dengan orang Malaysia, tetapi asal usulnya adalah daripada Filipina.
Dengan layakkan Mark Adam di pentas akhir inilah, maka ada 4 negara yang akan bersaing bagi merebut gelaran Juara Gegar Vaganza iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. Dah macam program nyanyian untuk Asia Tenggara pula kan.
Senarai Peserta Akhir Gegar Vaganza 12 Untuk Tahun 2025-2026
Program Gegar Vaganza setiap tahun akan berlangsung selama 12 minggu. Untuk musim kali ini telah bermula daripada tahun 2025 lagi. Kini sudah memasuki tahun 2026 dan kita bakal ketahui bintang mana yang akan bergelar juara.
Daripada 13 bintang sejak minggu pertama dan kini di pentas final hanya 6 sahaja yang berjaya layak. Mereka adalah Nubhan dan Mell Sakura daripada Malaysia. Iskandar Ismail daripada Singapura. Mark Adam daripada Filipina. Mendua dan Ruri Pepuvlik daripada Indonesia.
Katanya ramai yang menjangkakan Iskandar Ismail dan Mendua masing-masing mempunyai peluang cerah untuk bergelar juara. Kalau anda layan konsert Gegar Vaganza 12 sebelum ini, memang dua peserta ini kerap menjadi antara peserta terbaik mingguan.
Boleh jadi selepas Hardy Mirza (GV6) dan Aliff Aziz (GV8), Iskandar Ismail menjadi bintang ketiga daripada Singapura bergelar juara Gegar Vaganza. Dia ni pun memang sangat kerap juga dipuji juri setiap minggu.
Selain itu, mungkin tahun ini kali pertama dalam GV kita akan dapat lihat peserta berkumpulan atau trio yang akan menjadi juara. Mendua pun bukan calang-calang. Ada minggu sebelum ini perform berdua pun, masih lagi dapat pujian juri. Kali ini memang mereka all-out la kan.
Tapi jangan lupa dengan peserta lain juga. Nubhan pun pernah menjadi juara mingguan. Mell, Mark Adam, Ruri pun kalau dapat lagu kena dengan vokal malam final nanti, silap-silap boleh jadi juara juga.
Jadi nak tahu siapa juara Gegar Vaganza 12 memang kena tengok pentas final nanti lah. Sebelum itu, memang semua berteka-teki je lah. Kena tunggu Nabil dan Sherry Al-Hadad umum pada malam nanti
Saksikan Gegar Vaganza 12 Di Pentas Final Pada 18 Januari 2026
Untuk peminat GV terutamanya, jangan lupa untuk saksikan pentas akhir Gegar Vaganza 12 yang akan bersiaran pada hari Ahad, 18 Januari 2026 jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria dan boleh juga live streaming di Sooka.
Hujung minggu memang jaranglah ada cerita sedap kat tv melainkan layan bola EPL. Jadi kalau tiada game best, akan layan GV la. Hampir setiap minggu juga saya layan konsert. Boleh la santai-santai sebelum tidur kan.
Personally kalau tanya saya siapa menang, mungkin Iskandar Ismail kot. Nak buat penilaian suara dan vokal tak pandai. Tapi setiap minggu, beliau ni memang dapat komen positif daripada barisan juri. Semua suka.
Sebab GV ni penilaian dibuat berdasarkan pada malam persembahan sahaja, kalau Iskandar Ismail ni tiba-tiba salah nyanyi ke pitching lari ke, sumbang ke, memang terus kalah la. Tengok tiba-tiba Mell Sakura pula perform habis, perfect, terus jadi juara kan. Kita tak tahu.
Tapi tak kisah sangat lah siapa yang menang pun. Yang penting dapat layan lagu. Gegar Vaganza ni kelebihan lagu-lagu yang peserta bawa tu semua sedap-sedap. Bukan semata lagu-lagu baru, lagu-lagu lama pun diperdengarkan kembali.
Jadi memang kena layan la final Gegar Vaganza 12 nanti.
1 thought on “4 Negara Bersaing Merebut Gelaran Juara Gegar Vaganza 12”