Apa Maksud ‘Dai’ Dalam Nama Dai Fuad? – Pelakon KUDRAT 1968

Ramai juga yang tertanya-tanya rupanya tentang nama beliau ni. Ramai orang bingung yang mengatakan pelakon bernama Dai Fuad ni memang lahir daripada program dakwah iaitu Pendakwah Milenia yang membawa nama Da’i.

Nama Dai Fuad mula naik dan dikenali ramai menerusi siri Good Boys Go To Heaven. Ketika itu beliau antara pelakon utama membawa watak Anwar Nahar. Menjadi antara watak penting sepanjang penceritaan.

Nama beliau tidak terhenti disitu sahaja rupanya. Kini Dai Fuad muncul pula menerusi siri yang sedang meletup-letup iaitu KUDRAT 1968: High Council. Kali ini beliau bawa watak budak sekolah bernama Abdul Ghafar bin Aziz atau Pa.

filem kudrat 1968 High Council

Disebabkan 2 drama siri ini sahaja, nama beliau hari-hari dipertakan di media sosial. Nama beliau terus trending setiap hari. Kalau buat meet & greet dengan pelakon KUDRAT, beliau antara menjadi tumpuan ramai.

Namun begitu, timbul 1 persoalan tentang nama beliau tersebut. Adakah Fuad ini masuk ke industri hiburan tanah air menerusi program dakwah yang membawa gelaran Da’i? Tetapi tak pernah nampak pun dalam program tersebut. Atau sebenarnya ada maksud lain?

Maksud Dai Pada Nama Dai Fuad

Muhammad Fuad Abd Rahman atau kini lebih dikenali dengan nama Dai Fuad bukanlah lahir daripada program dakwah. Sebenarnya nama ‘Dai’ yang digunakan tersebut merupakan gelaran yang diberi oleh rakan-rakan sekolah asramanya sebelum ini.

Pada awalnya, di asrama tersebut terdapat 3 orang dengan nama yang sama iaitu Fuad. Jadi rakan-rakanya memberikan gelaran Dai kepada beliau bagi membezakan dengan Fuad yang lain. Maksud Dai tersebut adalah berdasarkan tempat kelahirannya iaitu di Skudai, Johor.

Persoalan ini dijawab ketika beliau menghadiri podcast Ashrapp Channel. Anda boleh saksikan di minit ke 4.11 untuk mendengar penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri.

Biodata Dai Fuad

  • Nama Sebenar : Muhammad Fuad Bin Abdul Rahman
  • Tarikh Lahir : 20 Ogos 1992
  • Kerjaya : Pelakon & Penyanyi
  • Tempat Lahir : Skudai, Johor
  • Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang

Dai Fuad bermula dengan penglibatan dalam dunia muzik indie sebagai penyanyi bagi kupulan TIP Band. Kemudian masuk ke bidang lakonan menerusi teater pentas. Kini beliau sebagai seorang pelakon profesional.

Penglibatan awal beliau dalam industri lakonan ini adalah pada tahun 2023 iaitu menerusi drama pertamanya, Adnan Runner. Kemudian pernah juga terlibat dalam Pontianak 100kg, Hantu Karipap, Dendam Seorang Madu, Honey Trap, Thariq Ridzuwan dan sebagainya.

Nama beliau mula mencanak naik ketika membintangi drama Good Boys Go To Heaven yang membawa watak Nahar dan bersambung di siri serta filem KUDRAT 1968: High Council dengan watak Pa.

Leave a Reply