Senarai Logo Halal Luar Negara Diiktiraf JAKIM Terkini

Jangan terkejut kalau anda ada beli produk luar negara dan terjumpa logo halal yang bentuk lain sikit daripada logo daripada JAKIM. Ini kerana banyak sahaja logo halal tersebut yang diiktiraf oleh JAKIM tetapi berasal dari luar negara.

Di Malaysia, JAKIM antara badan yang bertanggungjawab untuk mengesahkan makanan yang dijual di pasaran tersebut adalah halal atau tidak. Ianya bertujuan untuk digunakan oleh orang Islam yang berada di Malaysia. Kalau halal, JAKIM bagi logo halal.

halal jakim

Bukan sahaja makanan yang melibatkan penyembelihan seperti ayam dan daging lembu perlukan logo halal JAKIM, tetapi makanan sejuk beku, makanan proses, produk bakeri, makanan ringan, makanan bungkusan, makanan segera, produk tenusu, makanan yang dijual di restoren juga perlukannya.

JAKIM akan mengeluarkan 1 standard logo halal yang digunakan di seluruh Malaysia. Semua design sama dan mungkin warna je berlainan. Akan tetapi kadang kala anda akan jumpa logo halal tapi design sangat berlainan.

Persoalannya, adakah produk import yang masuk ke negara kita yang mempunyai logo halal berlainan design ini diterima di Malaysia? Atau sebenarnya logo ini tidak sah digunakan di negara ini?

Jawapannya YA DITERIMA. Sebenarnya banyak sahaja logo halal luar negara diiktiraf oleh JAKIM. Mereka telah mengeluarkan senara tersebut sebagai rujukan oleh pengguna di Malaysia

Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab mengeluarkan logo halal bagi produk mereka. Jadi sudah semestinya logo-logo ini berlainan bagi setiap negara. Logo halal China, logo halal Korea, logo halal Jepun dan sebagainya. Semuanya berlainan.

Menerusi Bahagian Hab Halal, JAKIM mereka ada keluarkan senarai penuh logo luar negara yang diiktiraf dan ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Terbaru dikeluarkan pada Ogos 2026, anda boleh tengok senarai penuh dengan klik butang dibawah:

Kemaskini terbaru ini melibatkan 49 buah negara dengan 96 logo seperti dari Argentina, Jerman, Rusia, Singapura, Sepanyol, Taiwan, Turkiye, UK, Amerika Syarikat, Vietnam, Thailand, Indonesia, India, Brazil dan banyak lagi.

Jadi senarai ini anda boleh simpan dan buat rujukan dimasa hadapan. Kalau jumpa logo ini diletakkan dimana-mana produk yang terdapat di negara ini, ingatlah ianya logo yang diiktiraf oleh JAKIM dan dijamin halal yang dimakan oleh umat Islam.

Sumber : https://www.halal.gov.my/

1 thought on “Senarai Logo Halal Luar Negara Diiktiraf JAKIM Terkini”

Leave a Reply