Cara Topup Boost eWallet – Mungkin anda pertama kali menggunakan Boost sebagai eWallet tapi tak tahu cara nak masukkan duit atau topup akaun anda, ikuti panduan berikut.
Boost merupakan antara eWallet yang popular dan ada di Malaysia. Ianya sama seperti Touch ‘n Go eWallet, ShoppePay, MAE by Maybank, GrabPay, BigPay, Setel dan pelbagai lagi.
Tetapi bukan sekadar eWallet, sebenarnya Boost juga ada digital bank yang mana masih tak banyak di Malaysia. Selain Boost, ada AEON Bank, GXBank, Ryt Bank dan KAF Digital Bank. Ini bermakna, anda boleh ada akaun bank tanpa perlu pergi daftar di kaunter. Semua boleh lakukan secara online sahaja.
Namun begitu, orang ramai masih kekal bersama bank convensional dan hanya mahu menggunakan eWallet sahaja untuk tujuan pembayaran. Cumanya untuk Boost ini, macam mana nak masukkan duit dalam akaun eWallet tersebut?
Cara Topup Boost eWallet
Untuk permulaan, bagi yang belum mempunyai akaun Boost, anda boleh download aplikasi Boost terlebih dahulu di Play Store atau App Store secara percuma. Kemudian daftar akaun seperti biasa dan jangan lupa masukkan kod referal aimfjhw.
BACA JUGA : Cara Transfer Dan Bawa Keluar Duit Boost eWallet
Untuk info, terdapat 3 cara untuk anda topup akaun Boost anda iaitu :
- DuitNow Transfer (0% caj)
- Online Banking (0% caj)
- Kad Kredit/Debit (0.75% caj untuk credit card)
1) Login akaun Boost eWallet anda seperti biasa dan pada halaman utama, klik pada Add Money

2) Anda akan dibawa pada halaman My Wallet. Seterusnya klik pada + pada paparan kanan atas

3) Disini akan diberikan 3 pilihan untuk anda tambah duit pada akaun Boost

DuitNow Transfer – Anda boleh copy no. akaun DuitNow tersebut dan transfer daripada bank anda seperti biasa
Online Banking – Anda boleh pilih mana-mana akaun bank yang tersenarai dan seterusnya buat pemindahan duit seperti biasa
Kad Kredit/Debit – Disini anda perlu masukkan nombor kad kredit atau kad debit anda dengan klik pada ‘Add New Card’. Namun begitu, untuk topup daripada kad kredit akan dikenakan caj 0.75% bagi setiap transaksi.
4) Jika sudah berjaya buat penambahan, jumlah tersebut akan dipaparkan pada bahagian Wallet di halaman utama.

Selesai
Kesemua cara nak topup ini akan berlaku secara instant. Ini bermakna anda topup dan duit tersebut terus dipindahkan daripada akaun bank anda ke akaun Boost dalam masa yang sama. Tiada delay.
1 thought on “Cara Topup Boost eWallet Secara Online”