Cara Transfer Dan Keluarkan Duit Boost eWallet

Cara Transfer Duit Boost eWallet – Dalam Boost banyak duit lagi, tapi bercadang nak bawa keluar untuk guna cash. Jadi duit yang ada dalam akaun Boost eWallet tu boleh transfer ke bank ke? Boleh bawa keluar ke?

Jawapannya BOLEH.

Anda boleh bawa keluar duit yang ada dalam akaun Boost eWallet anda iaitu dengan cara transfer ke akaun bank peribadi. Kemudian jika anda nak guna tunai atau cash, withdraw sahaja seperti biasa di mana-mana mesin ATM.

Sekarang semua akaun eWallet di Malaysia sama ada Boost, TnG eWallet, BigPay, ShopeePay dan sebagainya, semua duit di dalamnya boleh dibawa keluar.

BACA JUGA : Cara Topup Boost eWallet Secara Online

Zaman digital sekarang memang dah tak ramai menggunakan duit tunai. Biasanya akan bayar secara digital iaitu menggunakan kad kredit atau debit atau scan QR kod sahaja iaitu menerusi akaun eWallet. Jadi ramai yang simpan duit dalam eWallet sahaja.

Namun begitu ada juga beberapa perkara atau mungkin keadaan emergency yang mana anda masih perlu menggunakan cash sebagai medium pembayaran. Jadi duit yang ada dalam eWallet tersebut boleh bawa keluar dan bayar.

Cara Keluarkan Duit Boost eWallet

Sebenarnya terdapat 6 cara untuk anda transfer atau keluarkan duit Boost eWallet dan antaranya menggunakan no. akaun bank, no. telefon, Mykad, nombor pasport, ID polis/askar atau menggunakan pendaftaran bisnes. Tapi panduan ini hanya menggunakan no. akaun bank sahaja.

BACA JUGA : Duit Topup Dari Kad Kredit Boleh Bawa Keluar Daripada Boost eWallet Tak?

1) Login akaun Boost anda seperti biasa. Pada halaman utama, klik pada Send Money. Seterusnya pilih DuitNow

2) Kemudian klik pada Bank Account > masukkan butiran bank anda dan seterusnya klik Next

cara transfer duit boost

3) Seterusnya masukkan butiran bank anda seperti nama bank, nombor akaun dan jenis akaun. Kemudian klik Next. Hampir semua bank ada dalam senarai. Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN, RHB Bank dan banyak lagi.

4) Pada halan ‘Transfer To’ akan dipaparkan maklumat bank anda bersama nama pemegang akaun. Pastikan betul. Seterusnya barulah masukkan jumlah yang ingin di transfer. Akhir sekalik klik Confirm

cara bawa keluar duit boost ewallet

5) Duit tersebut akan masuk ke akaun bank secara instant. Tiada delay. Selesai

transfer duit boost ewallet

Jadi selesai transfer ke bank, anda boleh semak pula dalam akaun bank anda. Adakah duit tersebut dah masuk atau belum. Jika sudah, anda boleh la withdraw di mesin ATM untuk dapatkan duit cash untuk digunakan.

Boleh Ke Bawa Keluar Duit Topup Boost Guna Kad Kredit?

Mungkin ada yang bertanya juga, sekiranya ada buat penambahan atau topup Boost eWallet guna kad kredit, adakah duit tersebut boleh dibawa keluar? Adakah boleh transfer ke akaun bank sama seperti biasa?

Jawapan.. Boleh

Anda boleh bawa keluar duit Boost tersebut meskipun anda topup guna kad kredit. Caranya sama seperti panduan diatas iaitu menggunakan DuitNow.

Jika anda topup Boost guna kad kredit, anda akan di caj 0.75% setiap transaksi. Tapi anda tidak akan dicaj apa-apa bila anda transfer duit tersebut ke bank anda.

1 thought on “Cara Transfer Dan Keluarkan Duit Boost eWallet”

Leave a Reply