Juara AF2, Zahid memberikan kejutan apabila muncul sebagai juara mingguan di konsert ke-3 sekali gus mengatasi markah 12 peserta Gegar Vaganza Fantasia yang lain. Bagaimana kedudukan peserta yang lain pula?
Konsert minggu ke-3 GV Fantasia telah melabuhkan tirai pada 22 November yang lalu dan buat pertama kali penonton dapat menyaksikan persembahan dengan lengkap 13 peserta apabila 4 peserta telah diundi masuk pada minggu sebelumnya.
Farah, Akim, Ara dan Felix muncul di pentas gah Gegar Vaganza Fantasia sebagai peserta atau bintang GVF yang baru. Mereka buat pertama kali mempersebahkan bakat mereka dihadapan penonton dan pastinya diadili oleh 3 juri profesional.
Markah Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026 Untuk Minggu 3
Sekali lagi kita dapat menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku apabila kesemua 13 peserta GV Fantasia mendapat lagu yang mereka akan persembahkan pada minggu 4 menerusi segmen #AdaLaguAdaLagi.
Seperti yang diumumkan sebelum konsert bermula, Faizal berjaya memenangi anugerah Glam Alha Alpha sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000. Manakala Mawi memenangi Bintang Paling Power CelcomDigi yang membawa pulang wan tunai RM2,500.
BACA JUGA : Cara GVUNDI Peserta GV Fantasia Untuk Mewakili Markah 10%
Jadi jom kita tengok markah peratusan dan kedudukan bagi setiap peserta di minggu 3 Gegar Vaganza Fantasia 2026:
| No. | Peserta | Peratusan |
|---|---|---|
| 1 | Zahid | 62.20% |
| 2 | Stacy | 61.77% |
| 3 | Akim | 59.97% |
| 4 | Mila | 59.55% |
| 5 | Ara | 59.44% |
| 6 | Mawi | 58.54% |
| 7 | Vince | 56.90% |
| 8 | Faizal | 55.40% |
| 9 | Shahir | 50.30% |
| 10 | Felix | 48.68% |
| 11 | Farah | 48.67% |
| 12 | Firman | 47.24% |
| 13 | Faizul | 46.06% |
Selepas selesai konsert minggu ke-3, kita telah saksikan peningkatan yang baik daripada Zahid yang mana muncul sebagai juara mingguan berbanding ditempat ke-4 pada minggu sebelumnya.
Shahir dan Faizal masing-masing berjaya keluar daripada bottom 3 pada minggu ini dengan berada di tempat kelapan dan kesembilan. Firman dari top 3 pada minggu ke-2 kepada bottom 3 pada minggu ke-3 kali ini.
Daripada senarai markah peserta GV Fantasia pada minggu ini, siapakah yang anda rasakan telah memberikan peningkatan dan progress yang baik?