Ada sebenarnya orang Temerloh yang tanya, mesin ATM RHB Bank ada ke di bandar Temerloh? Kalau ada dimana lokasinya? Kalau tiada, mungkin lepas ni pihak bank sendiri boleh letak mesin ATM ini di sini untuk memudahkan orang ramai.
Orang Temerloh mesti dah tahu kan, jika di daerah Temerloh ni memang ada RHB Bank tapi lokasinya bukan di bandar Temerloh tapi ada di Mentakab. Jadi orang Temerloh semua nak cari mesin ATM kena pergi Mentakab.
Situasi sama seperti mesin ATM CIMB Bank. Cawangan bank tiada di bandar Temerloh, hanya ada di bandar Mentakab sahaja. Tapi nasib baik CIMB ada menyediakan sebuah mesin ATM iaitu di Petronas Jalan Bahagia.
Jadi macam mana pula dengan ATM RHB Bank?
Lokasi Mesin ATM RHB Bank Di Bandar Temerloh
Jangan risau guys! Walaupun di bandar Temerloh tiada cawangan bank, tetapi sebenarnya RHB Bank ada menyediakan ATM mereka disini. Jadi anda semua tidak perlu ke Mentakab semata-mata untuk menggunakan mesin ATM.
Untuk orang sekitar Temerloh atau mungkin yang baru singgah di bandar Temerloh dan nak cari mesin ATM RHB Bank, anda boleh pergi ke Plaza Temerloh atau sekarang merupakan Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang mana terletak bersebelahan dengan BOMBA serta tapak Lepak Lorong.

Disana terdapat 2 mesin iaitu CDM atau Cash Deposit Machine atau mesin ATM sendiri. Jadi jika anda pengguna RHB Bank dan keluar duit atau nak masukkan duit, anda boleh pergi ke lokasi ini sekiranya anda berada di bandar Temerloh. Kalau ada di Mentakab, boleh terus ke cawangan bank.

Jadi lepas ni, terutamanya untuk orang sekitar bandar Temerloh tak perlu lagi ke Mentakab kalau nak guna mesin ATM RHB. Boleh pergi ke Plaza Temerloh atau pejabat MPT ini sahaja. Beroperasi setiap hari.