Apa Maksud Pembayaran ‘Bangsar South MY’ Guna Kad Kredit?

Masa aku semak semua perbelanjaan dan pembayaran yang aku buat menggunakan kad kredit Maybank, aku ada terjumpa satu transaksi dengan nama ‘BPTW7007 Bangsar South MY‘. Aku terus terfikir, ah sudah kena scam ke ni?

Maybank antara bank yang terbaik menyediakan perkhidmatan kad kredit. Antara ciri yang aku suka adalah dengan adanya ‘Pending Transaction’. Setiap pembayaran dibuat, akan terus keluar transaksi tersebut tapi masih ‘pending’.

Ada kad kredit yang tidak ada ciri ini, sebagai contoh RHB. Ini bermakna, transaksi dah sah atau ‘posted’, baru keluar dalam penyata. Kalau berlaku sebarang transaksi yang tidak dilakukan, leceh pula nak ‘dispute’ dan kena tunggu beberapa hari nak dapat semula kredit tersebut.

Disebabkan ada ciri ‘pending transaction’ inilah, aku perasan ada satu transaksi yang aku tak tahu tujuanya. Ditambah pula nama tersebut berada di Bangsar iaitu di Kuala Lumpur. Sedangkan aku dah lama tak turun KL ketika tempoh tersebut.

Jadi apa maksud ‘BPTW7007 Bangsar South MY’ ini sebenarnya? Untuk transaksi apa?

Maksud Transaksi ‘BPTW7007 Bangsar South MY’

Selepas buat carian di internet seperti di Google, laman media sosial Facebook, X dan Threads, ada terjumpa satu perkongsian daripada akaun @aimanunofficial di Threads yang juga bertanyakan permasalahan tersebut.

BPTW7007 Bangsar South MY

Selepas baca daripada post tersebut, baru aku perasan sebenarnya ‘BPTW7007 Bangsar South MY’ tersebut adalah transaksi daripada pembayaran SETEL iaitu aplikasi Petronas untuk petrol pump.

Sebenarnya jika anda lihat semula sebelum nama ini, setiap pembayaran SETEL menggunakan kad kredit Maybank terutamanya akan keluar ‘SETEL SELANGOR MY’. Jadi daripada nama tersebut, kita dah tahu ianya dari SETEL. Sekarang dia dah tukar ke nama lain pula, jadi memang confuse la.

setel selangor my

Jadi selepas ini sekiranya anda dapat transaksi atas nama ‘BPTW7007 Bangsar South MY’, anda tidak perlu khuatir lagi. Ini kerana ianya merujuk kepada pembayaran aplikasi SETEL. Ya, anda bayar untuk beli petrol sebenarnya.

setel petronas

Rasanya dieorang guna Bangsar South tu sebab pejabat SETEL memang beralamat di sana. Mungkin baru berpindah dari Selangor sebelum ini ke Kuala Lumpur. Jadi nama transaksi pun dia tukar.

*kemaskini terbaru Ogos 2026, transaksi nama SETEL ditukar lagi kepada ECS* SETEL VENTURES Bangsar South MY. Masih menggunakan nama yang sama, tapi dah masukkan nama ‘SETEL’. Jadi sudah tidak keliru lagi.

Leave a Reply