Tok Jalal Pun Ada! Ini Senarai Peserta Kilauan Emas Selebriti 2026

Untuk musim ke-8 kali ini, Kilauan Emas tampil berbeza dan buat pertama kalinya diperkenalkan Kilauan Emas Selebiriti dimana barisan peserta adalah terdiri daripada personaliti terkenal negara yang berstatus ‘otai’.

Umum ketahui Kilauan Emas ini merupakan program nyanyian terbitan Astro yang menampilkan peserta warga emas yang berusia 40 tahun dan keatas. Jika tujuh musim sebelumnya, hanya melibatkan peserta orang awam, tapi tahun 2026 ini, semuanya melibatkan barisan selebriti terkenal.

Meskipun begitu, peserta selebriti ini bukan penyanyi profesional atau mereka yang tidak pernah menerima latihan nyanyian professional. Sudah semestinya tidak pernah menghasilkan muzik atau lagu sekali pun.

Barisan Peserta Kilauan Emas Selebriti 2026

Untuk musim terbaru ini, seramai 10 selebriti otai yang akan berentap bagi mengejar gelaran juara. Berikut merupakan 10 peserta yang mengambil bahagian dalam Kilauan Emas Selebriti 2026 :

  1. Datuk Jalaluddin Hassan
  2. Mubarak Majid
  3. Fazlina Ahmad
  4. Katy Azean
  5. Rahim Omar
  6. Maria Tengku Sabri
  7. Zila Bakarin
  8. Amyza Aznan
  9. Rashdan Baba
  10. Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
peserta kilauan emas selebriti 2026

Musim kali ini menampilkan Raja Azura sebagai pengacara utama yang digandingkan dengan Keanu Azman. Manakala juri tetapi ialah Jihan Muse dan Datuk Yusry Abdul Halim. Akan ada seorang juri jemputan yang bertukar setiap minggu.

Lebih menarik nanti boleh panggil Dato’ Ramli MS untuk jadi juri jemputan. Kemudian bagi komen untuk persembahan Datuk Jalaluddin Hassan. Mesti menarik! Kalau siapa layan Projek Bapak-Bapak boleh tengok la keakraban 2 sahabat ni. Siap boleh bergurau senda lagi.

Kilauan Emas Selebriti 2026 akan berlangsung selama 7 minggu. Bakal bersiaran mulai 22 Ogos 2026, setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima 105 dan secara online di Astro Go. Juga tersedia di platform Sooka.

Leave a Reply