Selain Astro, Boleh Tengok Bulan Henti Bicara Di Netflix

Selepas satu, satu drama melayu Astro menjadi bualan hangat penonton dan nitizen di media sosial. Terbaru kini adalah menerusi drama Bulan Henti Bicara yang terus perkatakan terutamanya di laman Threads.

Sebuah drama yang menampilkan gandingan Ezzanie Jasny bersama Ali Reza Kavoossi dan ditambah pula dengan lakonan daripada Azhan Rani. Bukan itu sahaja, jalan cerita pun kini buat penonton resah dan geram serta penuh emosi.

Bulan Henti Bicara yang mempunyai 28 episod ini mula disiarkan pada 27 Julai yang lalu. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria.

Drama arahan Eyra Rahman ini merupakan adaptasi daripada novel dengan judul yang sama iaitu karya Rissa Ahdiya. Ianya mengisahkan bagaimana pengorbanan cinta daripada Zulfa terhadap Afgan yang terpaksa berpisah kerana kahwin paksa oleh ayahnya kepada Jamali.

Selain Daripada Astro, Boleh Strim Bulan Henti Bicara Di Netflix

Setakat ini, pelbagai riaksi yang dikongsikan oleh penonton di media sosial selepas menonton di kaca tv. Ada rasa geram terhadap Jamali, ada rasa kesian kepada hubungan cinta Zulfa bersama Afghan.

Disamping itu juga, barisan pelakon turut memberikan kesan yang sangat baik dan berjaya membawa watak dengan berjaya. Azhan Rani terkenal dengan dialog bersahaja dan ada juga adegen kelakar yang tak dijangka.

Disebabkan perkongsian beberapa klip dan video pendek di Threads kebanyakkannya, orang ramai ada menanyakan, selain daripada tayangan di Astro, kat mana lagi boleh tonton drama ini?

Selain daripada tayangan di Astro Ria, mereka yang tidak mempunyai akaun Astro pun turut boleh menonton drama ini. Anda boleh saksikan di platform Sooka atau boleh juga strim di Netflix.

bulan henti bicara di netflix

Jadi sekiranya anda sudah melanggan Netflix, anda boleh ikuti drama ini setiap minggu. Tayangan di Netflix akan dikeluarkan pada hari yang sama drama ini bersiaran.

Leave a Reply