Rasanya benda ni ramai orang tertanya-tanya sekarang. Ada tips tak nak jadi 5 pembeli terawal Sambal Nyet Bilis Khairul Aming ni? Selain daripada dapat merasai sambal terbaru yang terawal, dapat juga pergi travel ke Dolomites secara percuma.
Ya, influencer terkenal yang rasanya ramai kenal, Khairul Aming telah memperkenalkan produk terbaru keluaran Khairul Aming Brand yang juga produk keempat beliau iaitu Sambal Nyet Bilis. Kali ini katanya sambal kali ini lebih ‘kick’ dan pastinya ada ikan bilis.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh beliau sendiri, produk terbaru ini akan dilancarkan secara rasmi pada hari Jumaat, 7 Ogos 2026 pada jam 9.00 malam. Jadi orang ramai boleh battle dan dapatkannya hanya di live Tiktok Khairulaming.
Daripada perkongsian di laman media sosial, orang ramai sangat teruju untuk menjadi yang terawal dapatkan Sambal Nyet Bilis ini.
Tetapi keterujaan itu tidak terhenti disitu sahaja. Ini kerana KA ada memaklumkan dimana 5 pembeli terawal berpeluang untuk travel ke Dolomites secara percuma seperti yang ditawarkan ketika pengenalan produk Rendang Nyet Berapi. Ketika itu, tawaranya adalah percutian ke New Zealand.
Disebabkan itulah, orang ramai kini sedang cari dan nak tahu ada tak tips berkesan untuk jadi pembeli terawal tersebut? Kalau ada rezeki, dapat beli Sambal Nyet Bilis dan boleh bercuti ke Dolomites, Itali secara percuma.
Hadiah Untuk Pembeli Terawal Sambal Nyet Bilis

Jika anda terpilih, anda akan diterbangkan ke Dolomites, Itali. 5 pemenang akan diberikan kepada mereka yang pantas buat pembelian di live Tiktok. Bukan itu sahaja, setiap pemenang boleh bawa seorang lagi yang akan menyertai pertuan ini.
Paling best sudah pastinya adalah segala perbelanjaan tiket kapal terbang, penginapan, aktiviti adalah secara percuma.
Penerbangan akan berlepas dari Kuala Lumpur dan tiba di Venice. Selepas nikmati keindahan bandar bersejarah tersebut, perjalan diteruskan kepada Verona iaitu kota lama Itali. Kemudian barulah ke destinasi impian iaitu di Dolimites.
Tips Jadi 5 Pembeli Terawal Sambal Nyet Bilis Khairul Aming Di TikTok Live
Syarat untuk melayakkan diri memenangi percutian ke Dolomites ini mudah sahaja :
- Masuk live Tiktok Khairul Aming pukul 9 malam pada 7 Ogos (Jumaat)
- Beli 5 botol Sambal Nyet Bilis
- Bayar guna online banking atau DuitNow (bukan QR)
- Jadi antara 5 pembeli terawal

Nampak mudah sahaja untuk menang kan. Tapi sebenarnya susah! Live Tiktok semua orang boleh masuk, tapi nak jadi 5 pembeli terawal sangat sukar. Mungkin ada trick yang perlu anda buat atau mungkin ikut nasib sahaja.
Jadi untuk memudahkan orang ramai, Khairul Aming sendiri ada kongsikan tips macam mana pembeli terawal untuk produk Rendang Nyet Berapi sebelum ini berjaya. Apa dieorang buat? Guna bank apa? Waktu bila nak beli dan sebagainya.

Daripada kelima-lima pemenang tersebut, hanya menggunakan Maybank2u dan Bank Islam sahaja. Ada guna line umobile prepaid dan postpaid, line XOX, Digi Postpaid dan Maxis Fibre (wifi).
Selain itu, ada yang battle tanpa pengetahuan orang lain. Ada yang kongsikan link live dengan keluarga. Yang cuba nasib pun ada. Katanya yang penting baca bismillah dan masuk live awal.
Secara overall sebenarnya pemelihan ini terlalu random. Tiada tips khusus untuk menang battle sambal nyet bilis ni. Semuanya adalah kerana rezeki sahaja. Yang penting cuba untuk jadi 5 pembeli terawal.
Good Luck kepada semua yang akan battle pada Jumaat nanti. Semoga apa yang anda harapkan akan terkabul dan sekali gus boleh pergi bercuri di Dolomites, Itali.