Tiket wayang sekarang semua mahal-mahal. Adakah sebenarnya cara untuk dapatkan tiket wayang murah? Jadi selain daripada berhibur, boleh la juga support filem tempatan dan antarabangsa dengan menonton di panggung wayangkan.
Di era globalisasi sekarang, semua benda mahal kan. Tapi gaji tak naik atau naik sikit je. Jadi sekarang orang ramai mula berjimat dan berbelanja kepada benda yang perlu sahaja dan bukan kemahuan. Tiket wayang ni rasanya macam kemahuan kan.
Sekarang nak tengok wayang di pawagam sekurang-kurangnya harga tiket mesti RM20. Tu belum kalau datang dengan keluarga dan kemudian beli pop-corn, air minuman dan sebagainya. Boleh cecah sampai lebih RM50 untuk satu filem. Kalau banyak filem keluar pada bulan tersebut macam mana?
Kita masih ingin untuk sokong industri perfileman ini, jadi ada cara ke tidak untuk dapatkan tiekt wayang murah? Sekurang-kurangnya kalau murah sikit, boleh la tengok beberapa filem dalam sebulan kan.
Ini Cara Dapatkan Tiket Wayang Murah
Anda mungkin bukan la kaki movie, tetapi hanya sekadang penonton casual yang ingin berhibur sambil menonton filem baru di layan yang lebih besar. Cara yang ada adalah menonton filem di panggung wayang.
Jadi sebenarnya ada cara kalau anda ingin dapatkan tiket wayang murah. Jika anda di GSC Cinemas, anda boleh tonton filem baru tersebut pada hari rabu minggu berikutnya. Harga biasa filem baru RM20 dan pada hari Rabu ianya berharga RM15 sahaja untuk seorang. Tempoh tontonan adalah sepanjang hari.

Selain itu, jika anda tak sanggup nak tunggu lama, anda boleh dapatkan tiket wayang murah di GSC dengan menonton pada waktu pagi iaitu sebelum 12.00 tengah hari. Jika ada waktu tayangan di belah pagi, harga juga sekitar RM15 untuk seorang.
Manakala untuk TGV, sama juga anda boleh dapatkan tiket wayang murah pada hari Rabu untuk sepanjang hari. Harga tiket bergantung kepada lokasi dimana antara RM11 ke RM15 untuk seorang. Tontonan pada sesi pagi juga tiket lebih murah untuk TGV, sama seperti GSC.
Selain itu, TGV banyak juga menawarkan harga tiket murah dengan pembelian menggunakan kad kredit terpilih seperti Affin Bank, MBSB dan sebagainya. Sebelum pembayaran, akan dipaparkan beberapa promosi yang melibatkan pembayaran menggunakan kad kredit.

Filem baru keluar adalah pada hari Khamis. Jadi secara keseluruhan kalau anda sanggup tunggu, anda boleh tonton pada hari Rabu minggu berikutnya untuk dapatkan tiket yang lebih murah. Kalau tak sanggup tunggu, boleh tonton pada sesi pagi.
Kebetulan sekarang tengah tayangan Spider-Man: Brand New Day. Jadi boleh la datang waktu-waktu yang dikongsikan seperti diatas. Boleh dapat tiket wayang lebih murah. Selebihnya boleh buat beli popcorn atau nugget kan.