Baru-baru ini ada orang tanyakan di Threads tentang board kek secret recipe. Dia tanya berapa slice atau berapa keping kek perlu beli untuk dapatkan slice tersebut yang mana biasanya kalau beli sebiji kek baru dapat papan tersebut.
Board kek Secret Recipe ni biasanya korang akan dapat kalau beli sebiji kek sahaja. Kalau beli 2-3 slice biasanya pekerja hanya akan bungkus dan letak dalam kotak kecil sahaja. Jadi membazir la kan, beli 1 slice tapi letak atas board. Kotak jadi besar.
Persoalan inilah yang dibangkitkan oleh pengguna Threads @kaizen.meni_. Dia nak tahu berapa slice kek perlu dibeli, supaya atas board tu nanti boleh tulis ucapan ‘Happy Birthday’ sebagai contoh. Taknak tulis atas kek.
Untuk info, biasanya 1 kek secret recipe paling kecil iaitu 6-inci adalah untuk 8 slice mengikut potongan standard. Jadi kalau beli sebiji kek, dapat board dan kota percuma.
Rupanya Boleh Beli Board Kek Secret Recipe Tersebut
Dengan timbulnya persoalan tersebut, maka ramai lah yang bagi komen dan ramai rupanya pernah mengalami situasi tersebut.
Rata-rata komen yang diberikan board tersebut sebenarnya boleh dibeli asing atau add-on meskipun anda hanya beli 1 slice kek sahaja. Maksudnya tiada pembelian minima pun. Harga board tersebut adalah RM6.00 dan akan diberi kotak juga.

Jadi kalau anda beli 1 slice pun, anda boleh beli board tersebut dan minta servis untuk tuliskan ucapan Hari Jadi diatas board yang mana ianya adalah percuma sahaja.
Dengan adanya board untuk kek ini, barulah nampak proper dan cantik untuk sambut hari jadi kan. Selain daripada rasa kek yang enak daripada Secre Recipe, persembahan yang disajikan pun sedap mata memandang.
Untuk itu, bagi anda yang mungkin tertanya-tanya sebelum ini, diharapkan jawapan ini nafas lega. Jadi apa lagi, datang la kemana-mana cawangan Secret Recipe di seluruh Malaysia dan beli kek untuk sambut Hari Jadi.
Apa-apapun kek paling sedap di Malaysia untuk aku tetap kek Indulgence daripada Secre Recipe. Sedap!
Sumber : Threads @kaizen.meni