2-3 bulan ni aku selalu nampak pengguna internet terutamanya di Threads, setiap minggu pasti ada share air viral Coffee Bean. Semua caption bagi tahu sedap dan ‘racun’ orang ramai untuk cuba sendiri.
Disebabkan itulah, baru-baru ini aku cuba juga sendiri dan nak tahu sedap ke atau sekadar hype orang ramai sahaja. Kebetulan aku turun ke Kuantan atas urusan kerja dan sempat singgah di Coffee Bean & Tea Leaf di Mega Square Jalan Beserah. Pertama yang ada drive-thru.

Jenama kedai kopi ni sebenarnya dah lama di Malaysia. Kalau dulu, millennials memang panggil restoren ni dengan nama ‘Coffee Bean’ sahaja. Tapi kini gen Z dah tukar, dia bagi short-form terus, mereka panggil CBTL.
Review Air Viral Coffee Bean & Tea Leaf Anda Patut Cuba
Aku dapa tahu rupanya, air viral Coffee Bean ini sebenarnya air custom. Ini bermakna air ini tiada dalam menu yang dipaparkan. Anda kena pilih 1 jenis air dan kemudian add-on beberapa perisa untuk jadi air tersebut.
Air ini dalam line-up OTR atau On-The-Rocks iaitu gabungan antara Espreso + Creme Crown + Flavor Boost + air batu. Secara umumnya, anda akan dapat air kopi dengan rasa yang balance antara pahit dan manis.

Jadi salah satu yang gabungan yang paling viral dan ramai yang cuba adalah 2 shot Espreso + Espreso Creme Crown + Hazelnut Powder. Yang ini juga aku cuba baru-baru ini. Overall sedap! Kalau tak reti nak order, tunjuk sahaja gambar dibawah:

Manu air ini lebih kepada rasa kopi dan disaluti dengan kemanisan Hazelnut. Jadi untuk peminat kopi sangat sesuai nak cuba. Kalau tak suka kopi, untuk creme crown boleh tukar kepada coklat atau strawberi.
Sebelum minum, pastikan anda kacau terlebih dahulu. Bagi sebati dan rasa balance. Untuk aku yang tidak la terlalu minat kopi pun approve kombo OTR ini. Harga pun tidak terlalu mahal.
Untuk gabungan 2xshots + espreso creme crown + hazelnut powder hanya berharga RM13.60 sahaja. Anda boleh pesan di kaunter atau menggunakan aplikasi Coffee Bean & Tea Leaf secara online.
Overall aku boleh bagi air ni 4/5. Selain sedap, sebenarnya air viral coffee bean OTR ini tidaklah terlalu mahal. Boleh la cuba sekali sekala terutamanya untuk aku yang bukanlah peminat kopi sangat.
Mungkin lepas ni cuba untuk gabungan coklat creme crown + vanilla powder plak. Rasa macam sedap kan.