Review Ayam Goreng McD Rasa Ori – Sedap Juga Weh!

Baru-baru ini McD ada keluarkan iklan baru untuk memperkenalkan menu Ayam Goreng McD Rasa Ori. Jadi aku tertarik lah nak cuba disebabkan ianya melibatkan ayam goreng McD. Nak tahu juga rasa kali ini macam mana.

Pada awalnya aku ingatkan menu ‘Rasa Ori’ ini merupakan menu terbaru daripada McDonalds. Iya la kan, sebab dah buat iklan di tv dan semua platform media sosial. Mesti ramai yang anggap ini menu baru untuk semua pelanggan.

BACA JUGA : Makan Buffet RM10 Di Temerloh Untuk Unlimited Refill Di Warong Bedoh

Rupanya dah beli Ayam Goreng McD Rasa Ori ni dan baru aku tahu ianya bukanlah menu baru, tetapi diberikan penekanan semula. Untuk ‘Rasa Ori’ ini sebenarnya adalah ayam goreng ‘original’ daripada McDonalds dan bukanlah menu baru.

Kita biasa beli ayam goreng McD Spicy mesti warna merah tu kan. Jadi ada rasa pedas sikit. Ini menjadi menu ‘default’ sekiranya anda order ayam goreng McD. Tetapi rupanya mereka pun ada ayam goreng original iaitu Ayam Goreng McD Rasa Ori ini.

Review Ayam Goreng McD Rasa Ori

Masa mula-mula beli, aku masih tak tahu dan tak perasan pun ini merupakan ayam goreng original daripada McDonalds. Jadi aku cuba la beli untuk set ayam goreng 2-ketul dengan harga yang sama seperti Ayam Goreng McD Spicy iaitu RM13.87 untuk ala-carte.

Secara keseluruhan, tiada rasa spicy atau pedas untuk menu Rasa Ori ini. Tetapi anda akan rasa lebih rempah dan macam ada rasa black pepper atau lada hitam sikit. Luaran pun cukup rangup, lagi-lagi kalau dapat baru lepas masak.

Bagi aku sedap juga la untuk kategori ayam goreng yang tiada rasa pedas. Berbeza dengan Ayam Goreng McD Spicy yang rasa sedikit pedas dan ditambah dengan rasa sos cili. Cukup ngam untuk aku nikmati rasa ayam goreng.

ayam goreng mcd spicy rasa ori

Kalau nak buat perbandingan, aku akan tetap dengan Ayam Goreng McD Spicy lah. Baru kena dengan tekak melayu untuk rasa pedas ni.

Jadi menu ‘Rasa Ori’ ini sangat sesuai untuk yang tak makan pedas terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Anda tak perlu risau dengan tahap pedasnya. Bagi aku tiada langsung rasa pedas, cuma ngam dan sedap bila mana ianya diadun dengan rasa rempah.

Menu Rasa Ori ini mungkin akan terus permanent dalam menu utama McDonalds. Jadi anda boleh datang bila-bila di cawangan Mekdi seluruh Malaysia untuk merasai sendiri dan nikmati rasa ayam goreng original.

Bila bercakap pasal tahap kepedasan Ayam Goreng McD ni, teringat untuk menu 3x pedas. Mungkin lepas ni Mekdi dah boleh keluarkan 3 jenis tahap kepedasan ayam goreng mereka iaitu bermula dengan Rasa Ori, kemudian Spicy dan seterusnya 3x Pedas. Baru best!

Anda dah cuba menu terbaru Ayam Goreng McD Rasa Ori ini? Sedap ke tidak?

2 thoughts on “Review Ayam Goreng McD Rasa Ori – Sedap Juga Weh!”

Leave a Reply