Akhirnya! Mekdi Keluarkan Sos Cili Botol Dengan Harga RM10 je

Dengan tiba-tiba McDonalds Malaysia buat kejutan apabila mereka mengumumkan akan mengeluarkan Sos Cili Botol Mekdi. Biasa kita makan guna sos cili dalam paket sahaja, tapi kali ni dah ada versi botol pula.

Tapi betullah rasanya ramai dah bagi cadangan untuk Mekdi untuk keluarkan sos cili dalam versi botol plak. Sebab sos cili Mekdi ni unik yang mana tiada dijual di pasaran. Jadi siapa nak rasa kena pergi restoren McDonalds sahaja.

sos cili mekdi dalam botol

Namun begitu, sos cili dalam botol ini tidaklah disediakan di restoreng Mekdi, tetapi anda kena beli. Ya, mereka menjualnya dalam bentuk botol. Berbeza dengan KFC yang mana ada disediakan sos dalam botol atau stesen sos tersebut di restoren yang boleh ambil secara percuma.

Tapi jangan risau, jika anda dine-in di Mekdi masih disediakan sos paket secara percuma. Cuma anda kena request di kaunter untuk dapatkan sos cili tersebut. Biasa orang malas, sebab Mekdi ni macam kedekut sangat nak bagi sos cili lebih pada pelanggan kan.

Sos Cili Botol Eksklusif Di Mekdi

Sos cili versi botol kini dijual di seluruh cawangan McDonalds Malaysia. Setiap botol yang dijual kuantitinya sama seperti 44 paket sos cili. Volume atau isipadu bersih sebotol adalah 374ml. Lebih kecil sikit daripada botol mineral 500ml. Setakat ini hanya ada sos cili sahaja, tiada untuk sos tomato.

BACA JUGA : Betul Ke Sos Cili Swiss Bear Sama Dengan Sos Cili McDonalds?

botol sos cili mekdi

Ianya menggunakan botol plastik yang boleh dipicit. Jadi ianya tidak mudah tumpah dan pastinya lebih tahan kepada tidak dibuat dalam bentuk kaca. Mudah dibawa ke mana-mana atau lepas ni nak makan Mekdi, bawa sos botol sendiri je.

Sos cili botol kini boleh dibeli, tapi berapa harganya dan macam mana nak beli?

Cara Beli Botol Sos Cili Mekdi

Pihak McDonalds tidak menjual sos cili botol ini secara ala-carte atau anda boleh beli sebotol terus. Namun begitu, anda hanya perlu bayar RM10 bagi setiap pembelian 1x McValue Meal atau mana-mana Set Nilai Hebat. Ini bermakna, 1 set Mekdi, boleh beli 1 botol sos cili sahaja. Jika nak banyak botol, kena beli set lagi.

Anda boleh dapatkan botol sos cili ini sama ada anda dine-in atau take away. Anda hanya perlu buat persanan atau order menerusi aplikasi McD atau di mesin kiosk yang ada di setiap restoren McDonalds seluruh Malaysia.

Caranya :

  1. Dapatkan mana-mana McValue Meal seperti set ayam goreng, set McChicken dan sebagainya
  2. Kemudian pada bahagian add-on, pilih Medi Chillie Sauce (Bottle)
  3. Buat pembayaran seperti biasa
beli sos cili mekdi dalam botol

Jadi nanti anda akan menerima set McValue Meal anda bersama-sama botol sos cili Mekdi tersebut.

Review Sos Cili Mekdi Dalam Botol

Aku sempat beli sos cili dalam botol ni pada hari kedua. Katanya versi botol ini adalah limited edition dan pengeluarannya adalah terhad sekitar 100,000 botol sahaja. Cumanya aku tak tahu adakah ianya valid atau tidak. Disebabkan itu, aku terus cepat-cepat beli lah.

Aku order menerusi kiosk di Mekdi. Beli set Ayam Goreng (RM18.20) dan add-on sos cili botol (RM10.00) tersebut dengan harga keseluruhan berjumlah RM28.20. Jadi aku dapatlah ayam goreng bersama sos cili tersebut.

mcvalue meal mekdi

Botol plastik yang digunakan macam nice juga. Senang nak picit, cumanya nak buka lapisan penutup pada muncung botol tu agak susah. Sudahnya aku korek je secara manual sehingga berlubang. Jadi baru la sos boleh keluar.

BACA JUGA : Review Ayam Goreng McD Rasa Ori

Aku rasa sos cili Mekdi versi dalam botol ni lain sikti rasanya daripada original dalam paket. Macam ada rasa manis sikit berbanding paket yang sedikit pedas. Aku tak tahu adakah ianya memang dibuat sebegitu atau mungkin sebab campur dengan botol. Jadi dia rasa lain sikit.

Tapi overall ok je nak makan dengan set Ayam Goreng Mekdi yang aku beli tu. Cumanya rasa dah lain sikit. Dalam paket lebih sedap. Nanti kalau sos cili dalam botol dah habis, boleh refill kena sos paket dan minta lebih di kaunter dan bawa balik. hehehe

Leave a Reply