Pedas Sangat Ke Menu Baru McDonalds Ayam Goreng McDonalds Extra Spicy 3X ini?

McDonald’s kembali lagi dengan rasminya memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3X. Jika sebelum ini hanya disediakan dibeberapa cawangan sahaja, tetapi kini semua cawangan sudah boleh anda dapati Ayam Goreng terbaru ini.

Seperti diberi tahu oleh pihak McDonalds, menu Ayam Goreng Extra Spicy 3X hanya ditawarkan untuk masa terhad sahaja. Jadi kepada yang ingin rasa menu ini cepat dapatkannya di mana-mana cawangan diseluruh Malaysia

mcdonalds ayam goreng extra spicy

Berbalik kepada ayam goreng ini, dengan menggunakan nama Spicy 3X, betul ke ayam ni pedas daripada biasa? Sedia maklum, ayam goreng McD ini sebenarnya sudah pedas dengan tambahan 3X ini adakah ianya lebih pedas? Pedas ke?

Dengan amaran diberi : Eat At Your Own Risk

Review Menu Baru McDonalds Ayam Goreng Extra Spicy 3X

Sebelum masuk ke bahagian review utama, anda perlu tahu berapa harga yang ditetapkan? Secara rasmi, Ayama Goreng McDonald’s Extra Spicy 3X ini dijual dengan set dengan tanda harga RM13.99. 

Tetapi sebelum ini aku telah dapatkan tawaran yang disediakan di aplikasi McDonald’s anda boleh dapatkan dengan tanda harga RM14.99 dengan set berserta Cempedak Mcfluffy.

Menu baru ini sama sahaja dengan set Ayam Goreng Mcd yang disediakan seperti biasa, cuma hanya berbeza pada rasa ayam tu sahaja. Dalam set anda akan dapat 2 ketul ayam goreng + kentang goreng dan juga air berkarbonat. Ayamnya juga warna lebih kepada merah gelap sedikit tidak seperti cerahnya ayam goreng spicy biasa.

ayam goreng extra spicy mekdi

Pergi ke bahagian rasa, bagi pendapat aku, rasa ayam goreng extra spicy 3x ini lebih pedas daripada biasa tetapi tidak sepedas yang seperti yang digembar-gemburkan di iklan sampai 3X pedas. Tetapi mungkin ianya berbeza mengikut daya ketahanan pedas individu.

Ada juga memberi tahu ayam goreng extra spicy ini pedas gila sampai nak makan pun tak habis, dan ada juga warganet melontarkan komen dimana ayam goreng ini sama pedasnya ketika ayam goreng spicy mula diperkenalkan dahulu.

Ada juga mengatakan, iainya tidak pedas dimulut tetapi pedas diperut sehingga ada mengatakan sakit perut dan pelbagai lagi.

BACA JUGA : Review Ayam Goreng McD Rasa Ori

Bagi aku, ianya pedas daripada ayam goreng spicy tetapi boleh makan seperti biasa dan mungkin perlukan air sedikit ketika makan. Rasa lain masih sama seperti ayam goreng biasa.

Rasa Juga Mcflurry Cempedak Yang Terbaru Daripada McDonalds

Selain daripada menu ayam goreng extra spicy 3X, anda boleh dapatkan mcflurry cempedak. Sama seperti durian D24 sebelum ini, rasa cempedak seakan cempedak betul. Mungkin nampak pelik, sebenarnya rasanya sedap bila aiskrim vanila bercampur dengan campuran cempedak. Anda patut cuba.

Mcflurry Cempedak McDonalds

Bagi aku menu baru Ayam Goreng McDonald’s Extra Spicy 3X ini lebih pedas daripada biasa dan rasanya masih sedap dan boleh dimakan. Juga pada mcflurry cempedak, ianya juga sedap untuk dirasa. Untuk itu, menu ini patut rasa dan juga boleh dicuba sekali lagi.

1 thought on “Pedas Sangat Ke Menu Baru McDonalds Ayam Goreng McDonalds Extra Spicy 3X ini?”

Leave a Reply