Sekarang kalau tengok di media sosial tengah trending masing-masing berkatakan tentang filem terbaru berjudul Vanishing Point. Sebuah filem daripada China kini sedang ditayangkan di platform Netflix.
Filem ini asalnya adalah terbitan di panggung wayang dimana hanya ditayangkan di China iaitu pada Mei 2026. Kini bermula September, filem ini sudah boleh ditonton secara global termasuk di Malaysia menerusi Netflix.
BACA JUGA : Review Filem Dari Indonesia, Gadis Kretek Di Netflix
Jadi apa yang menarik tentang Vanishing Point ini sehingga kini menjadi antara filem yang dihebohkan oleh peminat filem antarabangsa? Juga menjadi antara filem berada di Top 10 untuk tayangan seluruh dunia.

Sinopsis Filem Vanishing Point
Vanishing Point mengfokuskan tentang kisah bagaimana seorang anak lelaki yang berusia 9 tahun iaitu Tan Nuo tiba-tiba hilang secara misteri di bangunan pangsapuri mereka sebelum pergi ke sekolah.
Pada masa yang sama, di sebuah pangsapuri bersebelah blok kejadian kehilangan kanak-kanak tersebut, Yan Wu sedang berdepan dengan detik cemas apabila ayahnya mati secara mengejut dan beliau ingin cuba menyorokkan mayatnya di dalam rumahnya.
Dalam pada itu juga, Lin Yutong yang terus mengalami trauma cuba merungkai misteri bagaimana beliau menjadi mangsa serangan seksual yang dilakukan selepas diberikan dadah, namun pelakunya tidak pernah diketahui.
Bermula dengan penyiasatan pihak polis berkaitan kehilangan kanak-kanak, Tang Nuo, sedikit demi sedikit petunjuk baru muncul yang mana ketiga-ketiga kejadian tersebut sebenarnya berkaitan antara satu sama lagin.

Review Filem Vanishing Point
Betul ramai yang cakap, 20 minit awal filem ini agak slow sikit dan daripada penceritaan kalau tak baca sinopsis memang tak tahu ceritanya kisah pasal apa. Jadi nasihat aku, teruskan je menonton, lepas tu memang ‘mind blown’ punya cerita.
Aku tengok orang share di Threads bagi tahu filem ini berkaitan dengan kehilangan kanak-kanak dan tak tahu pun sebenarnya ada 3 kejadian berlaku serentak dan akhirnya membongkar segala satu misteri yang besar.
Filem ini bagi aku sangat best. Aku rasa ada je beberapa filem yang mengisahkan beberapa kejadian berlainan dan akhirnya merungkai satu kejadian rahsia besar. Tapi Vanishing Point ni dia lain sikit sebab main dengan timeline.
Biasa kita tengok filem-filem thriller yang lain, mungkin diceritakan 3 kejadian berlainan tapi berlaku dalam masa yang sama. Tapi untuk filem ini, 3 kejadian tersebut sebenarnya berlaku dalam tempoh yang berbeza dan akhirnya ‘disambungkan’ di titik masa yang sama.
Ramai yang cakap, plot filem ini berterabur dan ya! Memang terabur, sebab main dengan garis masa yang berlainan. Jadi sebagai penonton sebenarnya anda ada tugasan untuk fikir dan cuba sambungkan plot tersebut.
Kalau tengok filem ini memang tak boleh kelip mata dan perlu sentiasa berfikir. Mesti ramai yang cuba kaitkan antara 3 kejadian tersebut. Tapi pengarah pun pandai, dia masukkan juga plot twist ringan yang memberi kita kekeliruan.
Jom Rungkai Kisah Sebenar 3 Kejadian Dalam Filem Vanishing Point (Spoiler Alert)
Dalam filem ini ada 3 kejadian utama yang mana pihak polis hanya menyiasat 1 kejadian dan akhirnya merungkaikan ketiga-tiga kejadian dalam satu masa yang sama :
- Yan Wu (kaki judi) cuba menyorokkan mayat ayahnya dalam dinding apartment
- Kes kehilangan Tang Nuo
- Merungkai kisah misteri serangan seksual terhadap Lin Yutong
Tang Nuo memang keluar dari rumahnya dan ingin pergi ke sekolah. Tapi dia tak turun bawah, sebaliknya menyorok di rumah rakannya, Xu Yingying. Sedang dia menyorok di rumah tersebut, dia terjumpa lubang rahsia yang tembus ke rumah Yan Wu.
Pada awalnya Yan Wu memang fokus untuk sorok mayat ayahnya sebab nak ambil semua duit pencen, tapi disebabkan lubang rahsia tu, tiba-tiba Tang Nuo muncul. Jadi dia nampak la semua kejadian tersebut. Jadi dia tahan budak tersebut di rumahnya. Dalam masa yang sama, Yan Wu pun terkejut ada lubang rahsia tersebut

Rumah Yan Wu duduk tu diberi sewa oleh Lin Yutong. Dia keluar sebab dia trauma pernah kena gangguan seksual daripada orang yang tidak dikenali. Lepas dah keluar tu, dia ajak A-Jun siasat macam mana ‘orang’ tersebut boleh masuk rumahnya dan melakukan perkara tersebut.
Masa polis siasat, mereka jumpa banyak cap jari Tang Nuo di rumah Xu Yingying, tapi dia tiada dalam rumah. Ayahya, Xu Zhijie memang syak Tang Nuo dah jumpa lubang rahsia tersebut dan melarikan diri ke rumah Yan Wu tersebut. Jadi dia pergi ke rumah tersebut untuk mengesahkannya.
Xu Zhijie masuk ke lubang tersebut dan sangat terkejut apabila nampak Yan Wu sedang mengawet mayat ayahnya dan dia sebenarnya tahu ada benda pelik ingin dilakukan oleh Yan Wu masa dia beli jubin di kedainya.
Sebab Yan Wu dan Tang Nuo dah tahu lubang rahsiah tersebut, Xu Zhijie offer untuk bantu Yan Wu sorok mayat ayahnya dalam dinding apartmentnya. Dia tolong sebab nak pastikan Yan Wu tak bongkar atau bagi tahu rahsia lubang tersebut.
Dalam masa yang sama, Lin Yutong telah masuk ke rumah Yan Wu sebab syakkan sesuatu. Disinilah akhirnya berlaku pergaduhan antara Lin Yutong, Xu Zhijie dan Yan Wu. Masa kejadian ini berlaku, akhirnya report polis dibuat. Maka disinilah segala rahsia terungkai.
Rupanya yang merogol Lin Yutong adalah jirannya sendiri Xu Zhijie yang mana dia keluar masuk mengikut lubang rahsiah tersebut. Dia buat lubang ni sendiri masa awal-awal renovation. Dia je tahu, Lin Yutong tak tahu.

Dalam kejadian itu juga, Tang Nuo dijumpai selamat. Masa tu juga, polis nampak mayat ayah Yan Wu yang sedang diawet dan menahannya atas salah laku tersebut. Xu Zhijie masuk penjara sebab rogol Lin Yutong. Yan Wu masuk penjara sebab kes sorok kematian ayahnya.
Anda Kena Tengok Filem Vanishing Point
Serius, memang kena tengok filem thriller ni. Dia ada rasa berdebar-debar dan rasa nak tahu apa kaitan ketiga-ketiga kejadian tersebut. Pengarah ajak penonton untuk berfikir dan cuba sambungkan plot yang sememanya berkaitan.
Selain daripada plot dan jalan cerita, filem ni cantik sebab berlaku Chongqing. Sebuah wilayah China yang terkenal dengan bangunan atau apartment yang tinggi dan padat. Siap ada satu bangunan berbentuk KLCC lagi. Memang hebat tempat ni.
Jadi jangan tunggu lagi, pergi tonton sekarang filem Vanishing Point di Netflix.
Rating 8.5/10 ⭐