Kenapa Lalu Tol Kena Tolak Duit Dari TnG eWallet Dan Bukan Dari Kad TnG? Ini sebabnya

Beberapa hari ni ramai aku tengok update status di Threads menanyakan satu persoalan iaitu ‘kenapa bila dia lalu tol di highway, duit tak tolak daripada Kad TnG, tetapi tolak terus daripada akaun TnG eWallet?’

Dalam masa yang sama sebenarnya aku pernah mengalaminya sendiri dalam beberapa hari sebelumnya. Aku pun pelik, walaupun dah topup duit dalam Kad Touch n’ Go, tapi bila lalu tol dia tak ambil duit dari kad, tapi tolak duit dari akaun eWallet.

Jadi Apa Sebabnya?

Aku dah gunakan Kad TnG yang disambungkan dengan Touch ‘n G eWallet ni dah lama. Sehingga kini aku dah sambungkan 2 kad pun. Jadi dalam tempoh tersebut, tak pernah pun terjadi duit tolak daripada akaun eWallet, cuma baru ni je berlaku.

kad tng

Sekarang baru aku tahu.

Sebenarnya benda ni berlaku bila awal-awal masa anda sambungkan kad TnG dengan akaun eWallet anda. Ketika ini akan ada satu ciri bayaran yang akan ‘turn on’ secara sendiri atau secara default iaitu PayDirect.

BACA JUGA : Apa Itu PayDirect – Pembayaran Tol & Parking Secara Automatik

Disebabkan ciri ini, setiap kali anda lalu tol, duit akan ditolak daripada akaun TnG dan bukan dari Kad Tng Anda.

Jadi jika anda nak mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu padamkan atau disable jenis bayaran PayDirect tersebut.

Caranya adalah anda pergi ke TnG eWallet dan klik Transport. Kemudian masuk ke bahagian TNG Card anda dan pilih kad tersebut. Klik pada 3-titik dan pilih PayDirect. Seterusnya disable PayDirect tersebut.

disable paydirect kad tng ewallet

Setel

Jadi lepas ni setiap kali anda lalu tol, duit akan terus ditolak daripada kad dan bukan daripada akaun eWallet anda dah.

Leave a Reply