Setelah berminggu-minggu tertanya-tanya akhirnya tarikh tayangan filem KUDRAT 1968: High Council telah diumumkan. Jadi standby semua apabila filem ini akan ditayangkan pada 29 Oktober 2026 di seluruh pawagam.
Sekarang kalau tengok di media sosial, antara drama siri tempatan yang tengah trending adalah KUDRAT 1968: High Council. Rata-rata kongsikan review dan pengalaman menonton di Astro, termasuk di Netflix.
BACA JUGA : Tarikh Tayangan 4 Episod KUDRAT 1968: High Council Di Netflix
Selain daripada plot dan jalan cerita yang menarik, siri ini unik dan lain dari yang lain. Mungkin ini yang pertama untuk kandungan tempatan. Manakan tidak, ianya ditayangkan ceritanya bermula dengan siri 4 episod di tv dan berakhir dalam sebuah filem.
Ini bermakna sekiranya anda mengikuti KUDRAY 1968 ini di tv mahupun secara striming, anda kena tengok pula di pawagam untuk filem dan barulah boleh tahu pengakhiran cerita ini yang sebenar. Kalau tengok siri, tapi tak tengok filem, memang tak tahu ending macam mana.

Filem KUDRAT 1968: High Council Ditayangkan Di Pawagam
Sebenarnya siri drama ini bukan trending ketika ini sahaja, tetapi sudah bermula sejak episod pertama ketika siri Astro Original ditayangkan pada tahun 2023 menerusi Projek: High Council. Kemudian setahun selepas itu, keluar pula filem Kahar: Kapla High Council. Seterusnya tahun 2026, muncul prequel KUDRA 1968: High Council.
BACA JUGA : Review Siri Drama Projek: High Council Di Astro
Ketiga-tiga siri dan filem ini saling berkait antara satu sama lain. Jadi mereka yang mengikuti sejak tahun 2023 lagi pastinya ingin tahu kesudahan apa yang berlaku untuk siri terbaru ini. Oleh itu, pengumuman tarikh filem ini pastinya menjadi berita gembira bagi mereka yang menanti.
Peminat pasti tak sabar nak tahu bagaimana pengakhiran 3 nama yang diukir pada batu peringatan di KUDRAT. Dalam siri episod, Mazli dah meninggal dunia. Tinggal 2 nama lagi iaitu Rafizi (Piji) dan Pa (Abdul Ghafar) sahaja yang masih belum diketahui pengakhirannya.
Mungkinkah akan ada kudeta daripada Abbas untuk menurunkan Kuda daripada takhta Ketua High Council nanti? Adakah Abbas bakal dilanti sebagai ‘Kapla’ yang baru dan sebagainya? Jadi memang kena tengok filem ini nanti.

Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket sekarang untuk menonton filem KUDRAT 1968: High Council yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Oktober 2026 (Khamis). Tiket dah boleh beli seawal seminggu tayangan.
Untuk yang ingin menonton filem ini dipawagam, sangat digalakkan untuk menonton siri drama terlebih dahulu. Anda boleh saksikan secara On Demand di Astro, Astro X3 atau menerusi platform Sooka. Hanya ada 4 episod sahaja.
Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Netflix. Menerusi platform yang sama juga, anda juga boleh tonton Projek: High Council 10 episod dan filem Kahar: Kapla High Council. Dah follow semua ni, baru best nak layan filem terbaru nanti.