Selain daripada barangan buatan Malaysia yang pasti menjadi kebanggaan, kita juga import barang dari luar negara. Antara dibawa masuk dari negara luar adalan barangan Indonesia iaitu jiran tentangga kita sendiri.
Dengan adanya jenama Indonesia di pasaran Malaysia, persaingan semakin sihat antara jenama. Kedua-dua barangan baik Malaysia dan Indonesia ini masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Jadi pengguna boleh buat pilihan.
Meskipun kita import barang luar, banyak juga barangan atau jenama Malaysia yang di eksport ke luar negara. Dengan itu, jenama lokal sudah berjaya dan mampu bersaing di pasaran antarabangsa dan dikenali di seluruh dunia.
Namun begitu, sebenarnya barangan Indonesia apa yang ada di Malaysia sebenarnya selain daripada Ayam Gepuk? Jadi kalau nak tahu beberapa barangan import tersebut, anda boleh tengok seperti senarai dibawah.
Senarai Barangan Indonesia Yang Ada Dipasaran Malaysia
Sebagai contoh jenama Indonesia yang ada di pasaran Malaysia bagi produk makanan, snek dan minuman ialah Indo Mie, Mie Sedap, Kopiko, ABC, Roma, Kara, Coki Coki, Extra Joss, Pucuk Harum dan banyak lagi.
Untuk jenama rangkaian kedai kopi dan restoren seperti Kenangan Coffee, J.CO Donuts & Coffee, AI-CHA, Momoyo, Richess Factory, Sari Ratu dan beberapa lagi jenama yang semuanya datang dari Indonesia.
Mungkin anda pernah dengat jenama Kahf, Wardah, Emina, Make Over, Mustika Ratu, Sariayu dan Purbasari. Ini semua barangan Made In Indonesia.
Kemudian jenama-jenama terkenal lain seperti Polygon untuk barangan basikal, Faber-Castell, Tolak Angin, Indomilk, Silver Quuen, Cibiuk Resto dan pelbagai lagi. Ini juga merupakan produk dari Indonesia.
Anda boleh rujuk seperti poster dibawah untuk senarai barang import yang lain :
