Anugerah Melodi Terhangat 2026 merupakan suatu acara anugerah bagi mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat bagi artis kesayangan mereka. Mereka menang, peminat senang.
Untuk edisi ke-2 bagi tahun 2026, AMT dengan tema ‘Power’ telah menyenaraikan 16 kategori yang dipertandingkan dan 7 daripadanya adalah kategori yang baru berbanding edisi sebelumnya.
Selain daripada penyampaian anugerah, peminat yang hadir termasuk yang menonton di kaca tv pasti excited untuk menyaksikan persembahan pentas. Ianya telah dimeriahkan dengan persembahan daripadaa DOLLA, Misha Omar, Aisha Retno, Adira Suhaimi, K.O.I dan ramai lagi.
Sama seperti di Melodi, Anugerah Melodi Terhangat 2026 kali ini membawakan Ain Edruce dan Kamal Adli sebagai hos di pentas utama Ceddy Ang, Ferra Mazlan dan Fiza Frizzy di karpet merah.
Malam kemuncak Anugerah Melodir Terhangat 2026 telah berlangsung secara langsung dari Selangor International Trade Centre dan terus dipancarkan di TV3 pada Ahad, 18 Oktober 2026, jam 9.00. Juga tersedia secara live streaming di Tonton.
Senarai Pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2026
Berikut merupakan senarai penuh 16 pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Melodi Terhangat pada tahun ini :
ANUGERAH MELODI TERHANGAT 2026 – Anna Jobling
SELEBRITI IKON INSPIRASI TERHANGAT CUCKOO – Hael Husaini
FRESH RISING STAR TERHANGAAT DARLIE – Zaki Yamani
SELEBRITI MASKULIN TERHANGAT – Fattah Amin
SELEBRITI FEMININ TERHANGAT – Anna Jobling
SELEBRITI MUZIK TERHANGAT – Khai Bahar
SELEBRITI COUPLE GOALS TERHANGAT – Janna Nick & Dini Schatzman
SELEBRITI STAILO TERHANGAT – Meerqeen
SELEBRITI VIRAL TERHANGAT – Aisha Retno
TONTON ORIGINALS TERHANGAT – Neraka Yang Terhijab
DRAMA SANGAT TERHANGAT – Yes! Captain Zul Aaryan
LAGU TERHANGAT – Nurcinta (Amir Masdi)
DIREKTOR & FILEM TERHANGAT – Bobby Husaini (Libang Libu)
*untuk 4 lagi anugerah seperti senarai dibawah hanya akan diumumkan pada 24 Oktober ini menerusi CUCKOOTOPIA: Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12.
- KELUARGA SELEBRITI TERHANGAT – Keluarga Ain Edruce & Amirul Hafiz
- SELEBRITI FIT TERHANGAT – Alif Satar
- SELEBRITI CHEMISTRY TERHANGAT – Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
- SELEBRITI MANDARIN TERHANGAT – Dior Da Ying