Cara Semak Baki BUDI95 Petrol Yang Tinggal

Dah guna isi minyak banyak kali setiap minggu, lepas tu tertanya-tanya ‘ada lagi ke baki BUDI95 aku ni? Boleh lagi ke dapat subsidi petrol ni?’. Jangan risau, sebenarnya ada cara untuk anda semak baki BUDI95 yang tinggal. Boleh buat secara online sahaja.

Rakyat Malaysia rata-rata pasti dah tahu tentang BUDI95 iaitu sebuah inisiatif kerajaan bagi menyalurkan subsidi petrol RON95 dan Diesel kepada rakyat Malaysia secara bersasar.

Subsidi petrol masih diberikan seperti sebelum-sebelum ini tetapi sekarang ianya bersasar dan khusus untuk rakyat Malaysia sahaja. Ini bermakna, kalau orang luar ambil petrol di petrol pump, mereka kena bayar harga penuh tanpa subsidi.

Dengan cara ini, kerajaan mampu untuk mengawal ketirisan dan penyeludupan ke negara berhampiran. Rakyat Malaysia bayar cukai, rakyat Malaysia je la boleh dapat dan nikmati subsidi ini sepatutnya kan.

budi madani ron 95 budi95

Dengan BUDI95 ini, tidak kira kenaikkan harga minyak dunia sekali pun, ianya akan tetapi berharga RM1.99 seliter untuk RON95. Manakala untuk RON97, ianya ditetapkan harga dengan mengikut harga pasaran. Kalau anda letak minyak kuning, boleh dapat harga bawah dua ringgit se liter. Murah kot!

Pemberian subsidi menerusi BUDI95 ini diberikan secara bulanan iaitu sebanyak 300L seorang. Dengan jumlah ini, anda boleh dapat harga RM1.99 seliter untuk RON95. Sekiranya baki BUDI95 ini habis, anda perlu bayar harga petrol mengikut harga pasaran.

Jadi risau kalau dah guna banyak-banyak, tak tahu berapa baki BUDI95 yang tinggal? Sebenarnya anda boleh semak sendiri secara online sahaja. Boleh semak pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Cara Semak Baki BUDI95 Secara Online

Sebenarnya terdapat 3 cara untuk anda semak baki BUDI95 ini. Tetapi untuk cara pertama ini sahaja, ianya diberikan akses kepada semua pengguna. Manakala untuk cara kedua dan ketiga, anda perlu ada akaun.

1) Menerusi Laman Web BUDI MADANI

Cara ini, semua orang boleh semak sendiri. Anda boleh pergi ke laman web BUDI RAKYAT di https://www.budirakyat.gov.my/. Kemudian pada halaman utama, klik Semak Sejarah Transaksi. Anda wajib gunakan MyDigital ID untuk login.

semak baki budi95 guna budi rakyat

Jika sudah berjaya, anda akan dibawa kepada paparan hadapan atau dashboard. Jadi disinilah akan terpapar jumlah baki BUDI95 anda untuk bulan semasa. Anda juga boleh lihat sejarah transaksi yang dibuat dengan klik pada Sejarah Transaksi.

2) Menggunakan Touch n’ Go eWallet

Jika anda taknak guna website, nak guna aplikasi, anda boleh guna Touch n’ Go eWallet. Disini juga turut dipaparkan baki subsidi petrol yang tinggal. Tapi anda mestilah sudah daftar akaun dan sambungkan MyKad dengan akaun TnG tersebut.

Jika anda dah akaun TnG eWallet dan buka pada halaman utama, akan dipaparkan terus baki BUDI95 dibahagian hadapan. Jika anda klik pada baki tersebut, anda boleh tahu juga berapa peratus baki yang tinggal.

semak baki budi95 guna tng ewallet

3) Menggunakan Setel

Cara seterusnya adalah menggunakan aplikasi Setel. Sebuah aplikasi yang membolehkan dan memudahkan anda untuk beli dan bayar petrol di Petronas. Anda boleh guna apps ini je kalau nak tahu baki yang tinggal

BACA JUGA : Daftar Setel Dan Masukkan Kod yqtb6 Untuk Dapatkan RM3 Percuma

Jika anda buka pada halaman utama, akan dipaparkan berapa liter lagi yang tinggal untuk subsid petrol. Anda boleh klik pada baki tersebut untuk ketahui sejarah transaksi, harga petrol semasa, cara guna BUDI95 dan sebagainya.

semak baki budi95 guna setel

Jadi berapa baki BUDI95 anda yang tinggal bulan ini?

Leave a Reply