Gardenia memperkenalkan satu lagi perisa baru daripada line-up Quick Bites dan kali ini adalah Roti Krim Perisa Keju. Secara asasnya, anda akan dapat nikmati roti lembut berkrim dengan rasa cheese di dalamnya.
Kali ini special sikit dari mana aku tahu Gardenia nak keluar perisa baru ni iaitu dari rancangan Anugerah Melodi Terhangat. Pada malam tersebut, Gardenia merupakan antara sponser, jadi pada malam itu juga mereka memperkenalkan perisa keju terbaru ni.
Ketika rancangan itu berlangsung, pihak penganjur ada bagi tahu, roti krim perisa keju ini masih belum dijual di pasaran secara rasmi, tapi penonton di dalam dewan tersebut menjadi yang terawal merasainya. Namun begitu, aku dah jumpa di kedai-kedai pada hari Selasa berikutnya.
Diperkenalkan pada Ahad, 18 Oktober 2026 dan aku beli pada 20 Oktober 2026. Cumanya aku tak pasti adakah ianya sudah dijual lebih awal atau baru lagi. Yang penting roti krim perisan keju ini adalah yang terbaru daripada Gardenia.
Review Rasa Roti Krim Perisa Keju Daripada Gardenia
Roti Quick Bites ni memang dah terkenal di Malaysia dan antara produk terbaik yang dihasilkan oleh Gardenia. Kalau dulu aku panggil roti ni roti-60-sen. Sebab masa tu harga dia kalau beli di kedai memang 60sen sahaja. Itu mungkin sekitar tahun 2012. Lama dah.
Terkini, setakat Oktober 2026, harga semua perisa Quick Bites Gardenia termasuk perisa Keju adalah RM1.20. Harga ini diperkenalkan sejak September 2023 yang mana ketika itu pihak Gardenia terpaksa naikkan 10sen.
Harga dah tahu dan macam mana plak rasanya? Roti lembut yang digunakan masih sama seperti perisa lain sama ada strawberi, coklat, vanila atau jagung. Kuantiti krim pun rasanya sama je macam yang lain.

Krim keju ni ramai yang kata rasa macam Super Ring. Untuk aku, rasa hampir sama, tapi bukan sama. Sebab kedua-duanya guna keju, memang rasa sama. Cumanya ianya dalam bentuk krim. Ada rasa manis-masin dan ianya tidak terlalu kuat. Light sahaja rasa masin tersebut.
Selain itu, rasanya roti perisa keju kali ini merupakan antara perisa yang memberikan jumlah kalori yang paling tinggi untuk Quick Bites iaitu 228 kcal. Perisan durian sebelum ini adalah 226 kcal. Mungkin sebab ada rasa masin dan manis tersebut, dia jadi tinggit sikit
Secara keseluruhan, bagi aku sedap juga, boleh bagi rating 7/10. Tapi ada juga yang komen bagi tahu kurang sesuai kalau makan krim keju dengan roti. Ada yang tak minat, tapi aku ok je. Nak rasa variati lain, boleh je repeat roti krim perisa keju ni berbanding perisa lain.
Untuk senarai kandungan penuh atau full ingredients, boleh tengok dalam gambar dibawah:

BACA JUGA : Senarai Jumlah Kalori Dalam Setiap Roti Krim Gardenia Setiap Perisa
Tapi paling best sudah tentu roti krim perisa coklat. Tak boleh lawan lagi la perisa lain setakat ini untuk line-up Quick Bites Gardenia.
Cuba Sekarang
Jadi jangan lupa untuk cuba sendiri perisa terbaru roti krim Keju ini. Sudah mula dijual di kedai-kedai berhampiran anda.
1 thought on “Review Roti Gardenia Roti Krim Perisa Keju Yang Baru (Quick Bites)”