Review Filem KUDRAT 1968: High Council – Sikit Je Kecewa

Review Filem KUDRAT 1968: High Council – Yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. Filem KUDRAT 1968: High Council kini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Jadi aku nak review la sikit filem ini. Best ke tidak?

Pasti ramai yang dah tahu, filem ini adalah rentetan atau sambungan daripada drama siri 4 episod sebelum ini. Jadi jika anda nak tonton filem ini di panggung wayang yang bermula ditayangkan pada 29 Oktober 2026, anda kena habiskan dahulu siri berepisod tersebut.

Tak boleh tengok terus filem, nanti tak faham.

Review Filem KUDRAT 1968: High Council

Untuk peringatan awal, review ini mengandungi SPOILER. Jadi baca atas risiko sendiri.

Filem ni memang bermula betul-betul masa tamat episod 4 drama siri iaitu ketika mereka pulang semula ke KUDRAT selepas sekolah bercuti sementara disebabkan berlaku kes kematian Mazli Bin Maznan.

BACA JUGA : Tarikh Tayangan Kudrat 1986 : High Council Untuk Semua 4 Episod Di Netflix

Plot Yang Boleh Dijangka Dan Tak Lengkap?

Siapa yang mengikuti francais High Council ni pasti tahu tentang tugu peringatan 3 nama di KUDRAT iaitu Abdul Ghafar Bin Aziz, Rafizi Bin Rashid dan Mazli Bin Maznan. Ianya pernah dipaparkan dalam siri pertama Projek: High Council.

tugu kudrat 1968

Jadi untuk prequel kali ini, cerita ini sememangnya jalan ceritanya terarah kepada nama-nama tersebut. Bagaimana 3 individu ini meninggal dunia dan sekali gus tercetus idea untuk menubuhkan High Council iaitu sebuah badan tidak rasmi sekolah yang dipimpin oleh seorang ketua iaitu Kapla.

Dalam siri 4 episod tersebut kita semua tahu hanya Mazli sahaja meninggal dunia. Kemudian dalam filem barulah dilengkapkan kematian 2 individu seterusnya iaitu Ghafar atau Pa dan Rafizi yang juga dipanggila Piji dalam siri ini.

Ok semua dah meninggal dunia dan tahu bagaimana ianya terjadi. Namun ada 1 penceritaan yang seolah-olah tidak lengkap iaitu bagaimana High Council itu tertubuh. Ya, ianya tidak diceritakan terus dalam filem ini sampai habis, even sampai post-credit pun.

Hanya ada 1 hint sahaja iaitu bila Tunku Ghafar bagi tahu ‘kita perlukan kepala’ dan sekali gus pandang Abbas. Then tiba-tiba tamat. Itu sahaja. Tiada dialog ‘High Council’ disebut dalam filem hatta dalam drama siri pun. Yang ada mungkin ‘The Council’ hanya sekali kot.

Jadi jika anda nak tahu bagaimana High Council tertubuh dalam filem ini, tiada jawapan. Jika nak tahu bagaimana 3 pelajar tersebut mati, ada jawapan.

Plot Tak Meleret

Selain itu, sepanjang hampir 2 jam ianya ditayangkan, filem ini tiada plot twist. Straight to the point. Pacing cerita macam dah nice, tak meleret, kurang drama, cuma aku rasa macam terlalu cepat. Mungkin tak cukup masa.

Scene Bergaduh Pun Nice

Selain daripada gaduh pelajar biasiswa dan pelajar bangsawan, ada juga babak gaduh yang menjadi tumpuan ramai iaitu bila berlakunya pertama ‘Pilihanraya’. Sebenarnya dalam Projek: High Council digelar Manifesto. Tapi dalam filem ini dipanggil ‘Pilihanraya’ iaitu melibatkan perlawanan dengan 1 rumah yang sama.

pelakon filem kudrat 1968 High Council

Babak ni lawa la bila Pa dan Piji berlawan. Pa sebelum ni nampak macam tak boleh lawan, kali ini tiba-tiba padu pula berentap dengan Pa. Mungkin sebab di main tipu tu kot, nampak di kuat. Lunyai Piji kena belasah dan akhirnya tewas.

Lakonan Semua Terbaik

Setakat 3 naskah High Council ni, semua pelakon yang terlibat semuanya terbaik termasuklah dalam filem KUDRAT 1968: High Council 2026 kali ini. Tidak boleh disangkal lagi, semua bawa watak masing-masing dengan baik.

Ramai orang komen tentang Mierul Aiman berlakon lagi dengan membawa watak Kuda dalam siri kali ini sedangkan dah ada watak Fakhri di Projek: High Council, tapi masih baik perwatakannya. Even orang sama, tapi mampu menonjolkan dengan 2 watak yang berbeza.

filem kudrat 1968 High Council

Belum lagi cerita pasal Dai Fuad untuk watak Pa dan Akmal Asyraf untuk watak Piji. Untuk filem ini, memang 2 nama inilah yang menggerakkan cerita keseluruhan. Abbas yang dilakonkan oleh Zarif Ghazzi mungkin kurang menonjol dalam filem, tapi overall sangat-sangat baik.

Untuk bahagian lakonan orang cakap memang boleh bagi full mark untuk semua pelakon dalam filem KUDRAT 1968: High Council ni kecuali Evertts Gomes. Senang buat duit dia ni sepanjang siri dan filem kali ini.

Duk buat senyap, tayang muka je, tanpa dialog. Dalam filem akhirnya barulah bercakap 2,3 patah. Tu pun macam tak penting pun. hahaha Sebelum ni pun macam-macam teori pasa watak Ghafar ni. Rupanya semua tak betul. Lepas tu keluar lagi fakta baru. Ermm

Buat Siri Berepisod Lebih Baik Daripada Filem

Overal kalau aku nak review tentang filem KUDRAT 1968: High Council ni, aku ada rasa sedikit kecewa. Aku rasa filem ini lebih baik diteruskan untuk siri berepisod, tapi buat untuk 2 episod lagi, daripada buat filem.

Aku rasa ini mungkin filem tempatan pertama yang bermula dengan drama siri di tv, kemudian bersambung untuk filem di pawagam. Jadi orang dah tengok dan layan di siri, confirm akan pergi ke pawagam sebab nak tahu jalan cerita seterusnya dan pengakhirannya.

Aku pernah layan juga filem macam ni, tapi versi anime iaitu Demon Slayer The Movie: Mugen Train. Mula-mula layan siri di Netflix, kemudian tergantung dan perlu tengok filem pula untuk tahu cerita seterusnya. Jadi bukanlah perkara baru untuk aku.

Selain itu, filem KUDRAT 1968 ni macam tak capai tahap filem. Personally aku tengok kualiti sama je macam drama siri di tv dari segi sound, kualiti gambar, cinematgrafi dan sebagainya. Bukan nak cakap ianya buruk, tapi sama macam tayangan di tv. Sepatutnya kena upgrade la sikit, dah masuk versi filem pawagam kan.

Wajib Tonton Di Pawagam

Kecewa bukan bermakna flop. Filem ni ok je nak layan even yang dah follow 4 episod sebelum ini, memang wajib kena tengok. Barulah lengkap segala plot yang kita semua telah tahu kecuali tiada penubuhan High Council tu sahaja.

Btw filem ini ada 1 post-credit. Jadi anda kena tunggu sampai penghujung tayangan. Ianya akan dipaparkan selepas kredit nama-nama pelakon, produksi semua tu. Sampai sini pun aku masih lagi kecewa haha

Rating : 7.5/10 ⭐

Leave a Reply