Baru-baru ini Family Mart ada perkenalkan aiskrim perisa baru iaitu Sofuto Musang King. Ya, aiskrim dengan rasa durian. Mula-mula nak try tu tertanya-tanya juga, betul ke rasa Durian King? Memang akan ada rasa durian ke?
Sofuto Musang King diperkenalkan secara rasmi di semua cawangan Family Mart Pada September 2026. Jadi bermula tarikh tersebut, bagi peminat aiskrim Family Mart atau sofuto dan durian, ini pastinya berita gembira untuk anda. Dapatkan untuk waktu terhad sahaja.

Sebenarnya ini juga berita gembira untuk aku sebagai peminat sofuta dan durian. Jadi aku cuba la sendiri buat kali pertama aiskrim berperisa durian daripada Family Mart. Sedap ke? Memang akan ada rasa durian ke?
Review Sofuto Musang King Family Mart Terbaru
Pada awalnya aku datang Family Mart nak makan sofuto Matcha, aiskrim standard tu. Tapi tiba-tiba nampak poster promosi Sofuto Musang King ni. Jadi sebab dah banyak kali makan Matcha, kita try la perisa baru pula.
BACA JUGA : Review Aiskrim Matcha Strawberry Cornetto Terbaru
Sofuto Musang King anda boleh dapatkan dengan harga bermula RM3.90. Ada sundae cone, aiskrim dalam cup, aiskrim dalam bekas (pint) dan milkshake. Aku just try untuk versi sundae cone sahaja. Dapat aiskrim dan kon bersalut coklat.

Paling penting pastinya rasa yang disajikan. Untuk aku, rasa aiskrim durian ni tidak terlalu kuat dan for sure bukan rasa Musang King. Rasa durian, tapi just light sahaja. Mula-mula akan makan, rasa durian, tapi lama-lama macam dah makin kurang rasanya. Tapi ok juga dan tidak terlalu manis.
Untuk tekstur sama je macam sofuto yang lain. Masih lembut dan sedap untuk dimakan. Meskipun perisa durian, tapi tiada isi durian atau biji durian. Semata-mata aiskrim sahaja. Jangan expect nak ada isi Musang King plak dalam aiskrim ni.
Katanya perisa Musang King ni pernah diperkenalkan sebelum ini. Kini mereka kembali dengan resepi lebih baik – “back with improved recipe”. Overall aku suka, harga tidaklah terlalu mahal dan rasa tidak terlalu manis. Yang penting rasa durian tak rasa macam “cekedis durian” tu.
Boleh repeat.