Netflix Takda? Projek Love Council Boleh Ditonton Di Sooka Secara Percuma

Viral beberapa hari yang lalu dikatakan Astro ada mengeluarkan sebuah lagi siri High Council iaitu Projek Love Council dan ianya akan mula ditayangkan pada 5 November 2026 (Khamis).

Namun begitu, Astro Shaw ada adah kongsikan siri ini bukanlah sambungan daripada universe High Council tetapi ianyadalah spin-off yang bersifat non-canon. Senang cerita hanya gunakan watak daripada cerita asal, tapi plot berbeza dengan yang original.

Bukan itu sahaja, Projek Love Council ini juga merupakan sebuah fiksyen peminat atau fan-made. Mungkin ada peminat yang melontarkan teori-teori yang pelbagai, jadi penerbit ambil dan buatkan sebuah siri yang baru. Katanya mungkin ada juga Projek Legend Council pula lepas ni.

projek love council Astro

Jadi secara keseluruhan ianya tiada kaitan atau bukanlah sambungan langsung kepada Projek: High Council 2023 atau daripada filem Kahar: Kapla High Council 2024 atau yang terbaru KUDRAT 1968: High Council 2026.

Jadi lepas ini, jika anda menonton Projek Love Council, jangan lupa frust bila anda tengok watak-watak atau pelakon mungkin sama, tapi jalan cerita dah berlainan dan menyimpang jauh daripada yang asal.

Sinopsis Projek Love Council

Siri Projek Love Council kali ini membawakan watak Fakri bersama sekolahnya KUDRAT yang mana pertama kali menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar dari sekolah perempuan iaitu Kolej Tengku Zahra.

Jadi disini lah bermula kisah bagaimana Fakhri, pelajar KUDRAT cuba mencuri hati Ilyana iaitu salah seorang pelajar perempuan daripada Kolej Tengku Zahra. Adakah Fakhri akan berjaya atau usahanya akan dihalang oleh Jojo Johari?

projek love council

Tayangan Projek Love Council

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Projek Love Council bermula 5 November ini yang mana episod 1 boleh ditonton secara percuma di Sooka atau KLIK DISINI. Juga tersedia di Astro Go khusus untuk pelanggan Astro.

Namun begitu, setakat ini tiada pengumuman rasmi yang mana siri ini akan ditayangkan di Netflix sama seperti siri KUDRAT 1968: High Council sebelum ini. Jadi yang tiada Astro, boleh strim di aplikasi Sooka.

Info Projek Love Council

Bersiaran : Astro Go & Sooka
Tarikh : Mulai 5 November 2026
Penulis Skrip : Sham Hashim, Najman Syah, Irdina Ishak
Pengarah : Hafiz Rashid
Produksi : Astro Shaw & LE Mediator Sdn. Bhd.

Senarai Pelakon

  • Mierul Aiman sebagai Fakhrul
  • Harissa Adlynn sebagai Yana
  • Khenobu sebagai Jojo
  • Ameer Fadhil sebagai Fahmi
  • Zairi Aziz sebagai Adman
  • Khaled Ahsrief Syed
  • Liang Chia sebagai Jason
  • Rykal Iskandar sebagai Izzat
  • Neza Idrus sebagai Niesa
  • Evanatie Sannie sebagai Eva

Leave a Reply