Untuk penduduk Temerloh khususnya, sekarang dah tak perlu beratur panjang kat kaunter untuk bayar Cukai Taksiran, anda boleh buat pembayaran secara online sahaja. Boleh buat pada bila-bila masa dan kat mana-mana pun.
Sekarang zaman dah moden. Kalau dulu ya, orang Temerloh kalau nak bayar Cukai Pintu ni kena datang ke Plaza sana tu. Lepas tu kena ambil nombor then tunggu giliran. Kalau nasib tak baik, orang ramai, lama la nak berurusan.
BACA JUGA : Cara Bayar Kompaun Parkir Kereta Di Kuantan (MBK) Secara Online
Apa Itu Tukar Taksiran
Cukai Taksiran atau sama sahaja dengan biasa orang panggil iaitu Cukai Pintu (Assessment Tax). Ianya merupakan cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi setiap pemilik hartanah (rumah, kondo, kedai etc).
Jika di Temerloh, cukai taksiran ini dikutip oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang dibuat secara 2 kali setahun atau setiap 6 bulan. Jadi kalau ada rumah, biasanya memang akan kena bayar lah Cukai Taksiran dan tambahan Cukai Tanah.

Jadi surat dah sampai rumah dan rasa malas nak pergi kaunter untuk bayar, anda boleh buat secara online sahaja.
Cara Bayar Cukai Taksiran Temerloh Secara Online
Terdapat 2 cara untuk anda bayar cukai Taksiran terutamanya kepada MPT iaitu daripada website atau portal khas MyTemerloh yang disediakan atau menggunakan JomPay.
1) Portal Rasmi MyTemerloh
Untuk menggunakan portal ini, anda wajib terlebih dahulu untuk daftar akaun. Jadi anda pergi ke portal https://mytemerloh.gov.my/ dan klik pada butang Daftar. Masukkan segala butiran yang diperlukan dan klik Daftar Akaun. Seterusnya login seperti biasa menggunakan emel dan password yang telah anda tetapkan.
1. Pada halaman utama, klik Cukai Taksiran

2. Kemudian masukkan nombor akaun cukai anda (16-digit). Seterusnya akan dipaparkan senarai Akaun Cukai dan jumlah yang perlu dibayar. Pastikan sama dengan alamat rumah anda. Jika ya, klik Bayar Sekarang.

3. Di halaman seterusnya, masukkan maklumat pembayar dan buat bayaran seperti biasa. Kaedah yang tersedia adalah secara FPX dengan menggunakan perbankan online. Klik Teruskan Pembayaran.

4. Teruskan pembayaran sehingga selesai.
Jumlah atau amount menjadi RM0.00 sekiranya pembayaran berjaya dibuat. Kira setel la Cukai Taksiran anda tersebut.

2) Menggunakan JomPay
Syarat untuk menggunakan JomPay, anda kena tahu Biller Code. Kemudian anda boleh buat bayaran sama ada daripada akaun bank anda sendiri atau dari mana-mana platform termasuk aplikasi ShopeePay.
Biller Code : 19620
Rujukan 1 : Nombor Akaun
Rujukan 2 : Nombor Telefon
- Masukkan semua info yang diperlukan seperti Biller Code, Rujukan 1 dan 2
- Kemudian masukkan jumlah yang perlu dibayar iaitu berdasarkan amount yang ditetapkan pada surat yang diterima
- Bayar seperti biasa

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Lepas ni boleh la bayar cukai pintu ke MPT cepat sikit. Bayar jangan tak bayar. Jangan sampai tertunggak plak.