Siaran Langsung Malaysia vs Yemen Di Astro Dan RTM

Kini tiba untuk perlawanan kedua bagi siri Persahabatan Tier 1 dan kali ini adalah pertemuan Malaysia vs Yemen. Jadi untuk match kali ini adakah masih boleh menonton di saluran yang sama ketika pertemuan bertemu China tempoh hari atau lain?

BACA JUGA : Malaysia Tumpas 0-2 Kepada China Dalam Perlawanan Pertama

Ini merupakan perlawanan terakhir dalam kalendaf FIFA kali ini. Namun begitu, sebelum pulang ke tanah air, ini pastinya menjadi misi penting untuk skuad Harimau Malaya mencari kemenangan sekali gus berpeluang untuk penambahan mata ranking.

Setakat ini, jika perbandingan dibuat Malaysia vs Yemen berkaitan kedudukan atau ranking FIFA; Malaysia berada di tangga ke-133 dan Yemen lebih 10 anak tangga di kedudukan 144. Jika diatas kertas, anak-anak buah Tan Cheng Hoe tidak berdepan masalah nanti.

info siaran langsung malaysia vs yemen

Rekod Pertemuan Dan Prestasi Semasa

Untuk rekod, Malaysia hanya pernah bertemu Yaman atau North Yemen sebanyak 5 kali sahaja sejak 1984. Daripada itu, pasukan negara menang 4 kali dan hanya tewas sekali sahaja.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada tahun 2014 ketika perlawanan kelayakan Piala Asia AFC. Perlawanan tersebut Malaysia meraih kemenangan dengan keputusan 2-1.

Selain daripada keputusan Head-to-Head, Malaysia juga sepertinya berpeluang untuk menang perlawanan ini. Jika melihat daripada prestasi semasa bagi pasukan Yemen dalam lima perlawanan terakhir.

Jika dilihat prestasi semasa tersebut, Yemen hanya meraih 2 kali kemenangan dan tewas perlawanan selebihnya. Berbanding Malaysia menang 3, seri sekali dan tewas sekali iaitu ketika bertemu China baru-baru ini.

Siaran Langsung Malaysia vs Yemen

Jadi jangan terlepas saksikan perlawanan Malaysia vs Yemen yang akan berlangsung pada 17 November 2026, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada pukul 2.00 petang waktu Malaysia bertempat di Stadium Zhaoqing New District Sports Center, Guangdong China.

Anda boleh saksikan secara langsung di Astro Arena Bola (CH803) atau menerusi saluran RTM di Sukan+ (Astro 608 & MYTV 111). Ya, saluran yang sama seperti ketika pertemuan China vs Malaysia sebelum ini.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online di platform Astro dan Sooka atau boleh menggunakan aplikasi RTM Klik secara percuma.

1 thought on “Siaran Langsung Malaysia vs Yemen Di Astro Dan RTM”

Leave a Reply