Nak Buat Pasport Di Imigresen Sekarang Kena Ambil Nombor Giliran Secara Online (JIM eQ)

Aku ni dah lama tak pergi ke pejabat imigresen. Jadi baru-baru ini aku datang balik untuk renew pasport. Rupa-rupanya dah guna sistem lain yang mana sekarang nombor giliran kena ambil secara online menggunakan sistem JIM eQ.

Standard setiap 5 tahun pasport kita akan ‘mati’. Jadi kalau nak pergi ke luar negara semula, kena renew. Kali terakhir aku renew pasport adalah 5 tahun lepas dan tahun 2026 aku kembali semula di pejabat imigresen untuk berurusan.

cara renew pasport secara online

Masa tu aku datang kena ambil nombor di kaunter Imigresen secara manual. Itu pun kena berebut awal pagi. Kalau lambat, nombor giliran akan habis dan perlu berebut lagi pada esok harinya sehinggalah berjaya.

BACA JUGA : Pengalaman Kali Pertama Renew Pasport

Jadi sepanjang tempoh tersebut hingga ke sekarang aku masih fikir lagi kalau nak renew pasport di pejabat Imigresen perlu berebut nombor giliran lagi ke? Aku dah buat permohonanan untuk renew pasport secara online tapi tidak berjaya, jadi kan pergi ke kaunter untuk berurusan.

Persoalan awal masa tu, boleh ke dapat nombor giliran nanti? Adakah kena berebut juga macam tahun sebelum-sebelumnya?

Nombor Giliran Imigresen Kini Secara Online

Rupanya sekarang untuk dapatkan nombor giliran untuk berurusan di Imigresen terutamanya nak buat pasport baru atau nak renew pasport, kena buat secara online sahaja iaitu menggunakan sistem JIM eQ. Boleh guna aplikasi atau website.

Akan tetapi anda masih perlu cepat untuk dapatkan nombor giliran tersebut. Cumanya anda boleh terus dapatkan lebih awal tanpa perlu pergi ke kaunter Imigresen. Boleh terus buka aplikasi dan dapatkan waktu temu janji.

Urusan menggunakan JIM eQ ini adalah untuk dapatkan kod temu janji terlebih dahulu. Jika sudah dapat, barulah anda akan diberi nombor giliran yang mana anda boleh dapatkan di kaunter Imigresen. Dapat kod temu janji, baru boleh dapat nombor giliran.

Ini cara untuk dapatkan kod temu janji dan nombor giliran Imigresen secara online. Panduan ini menggunakan website sahaja, tanpa perlu download aplikasi tambahan.

  1. Pergi ke pautan JIM eQ di https://queue.imi.gov.my/
  2. Pilih tujuan urus niaga – Permohonan baru/renew/cap jari/bayaran
  3. Masukkan butiran diri
  4. Pilih cawangan Imigresen yang berhampiran
  5. Seterusnya pilih sesi pagi atau sesi petang
  6. Akhir sekali klik butang Hantar
cara dapatkan nombor giliran online imigresen pasport

Anda akan dapat kod temu janji dan waktu daftar masuk. Dalam tempoh waktu tersebut, anda boleh pergi pada bila-bila masa sahaja untuk dapatkan nombor giliran. Jadi selepas itu, barulah anda boleh buat urusan. Nak renew atau nak buat pasport baru.

Nampak Macam Lebih Senang

Bila tengok secara surface, sebenarnya tak banyak beza pun dengan sistem manual yang lain. Anda masih perlu berebut untuk dapatkan kod temu janji dan nombor giliran. Jika lambat atau dah habis, maka tak boleh berurusan dah.

Akan tetapi banyak kelebihan sebenarnya. Anda tidak perlu datang lebih awal ke pejabat Imigresen. Cuba dulu dapatkan kod temu janji tersebut di rumah terlebih dahulu. Jika ada slot kosong, secara automatik dapat nombor giliran. Jadi boleh terus ke Imigresen.

Selain itu, jika cawangan Imigresen anda selalu penuh, anda boleh pilih cawangan lain daripada sistem online JIM eQ ini. Mungkin cawangan yang lebih jauh tersebut banyak slot kosong, jadi boleh berurusan di cawangan tersebut. Boleh siap terus pasport anda.

Urusan nak buat pasport baru atau nak renew pasport baru biasanya hanya mengambil masa 1 jam sahaja sekiranya tiada masalah ketika ambil gambar dan cop jari. Pada hari yang sama anda boleh dapatkan pasport anda.

Jadi untuk anda yang mungkin kali pertama ingin berurusan di kaunter Imigresen terutamanya melibatkan pasport, dapatkan kod temu janji dan nombor giliran secara online sahaja. Nanti dah dapat, barulah pergi ke kaunter.

Leave a Reply