Apa Beza FPP Dan EPP Untuk Kad Kredit

Ramai yang kongsikan nak ada kad kredit supaya nanti boleh buat FPP atau boleh buat EPP jadi ak perlu bayar lumpsum. Tapi anda tahu tak sebenarnya apa maksud FPP dan EPP dan apa beza kedua-duanya?

Sekarang ramai yang dah mula menggunakan Kad Kredit sebagai medium pembayaran. Katanya banyak manfaat yang diperoleh seperti dapat kumpul point, dapat tebus hadiah, dapat buat pembayaran ansuran dan sebagainya.

Berbanding jika menggunakan Kad Debit yang mana anda bayar tanpa mendapat apa-apa manfaat daripadanya. Anda beli barang, anda bayar guna kad. Jika tiada duit atau tak cukup duit, tak dapat beli barang apa yang anda mahu.

Berbeza dengan Kad Kredit. Anda beli barang dengan harga yang sama, tapi setiap ringgit digunakan akan dapat 1 point terutamanya bagi pengguna kad kredit Maybank. Cukup beberapa point, boleh tebus hadiah yang disediakan.

BACA JUGA : Cara Buat Balance Transfer Kad Kredit Maybank

Selain itu, kelebihan lain adalah bayaran ansuran iaitu menerusi FPP dan EPP. Cumanya apa maksud kedua-dua jenis pembayaran ini?

Maksud FPP Dan EPP Sera Beza Kedua-Duanya

FPP dan EPP ini adalah 2 jenis pelan ansuran bagi pembayaran menggunakan kad kredit sahaja. Pembayaran ini tidak ditawarkan kepada pengguna kad debit.

1) Apa Maksud FPP

Maksud FPP adalah Flexi Payment Plan iaitu pelan bayaran ansuran fleksibel yang ditawarkan oleh bank. Ini bermakna, anda beli apa-apa barang dengan nilai yang tinggi, kemudian anda boleh mohon kepada Bank untuk tukarkan transaksi pembelian kepada bayaran ansuran secara bulanan.

Sebagai contoh, anda beli laptop dengan harga RM2,000 menggunakan kad kredit. Sepatutnya anda perlu bayar kad kredit anda tersebut dengan nilai yang sama pada bulan berikutnya. Tapi anda boleh mohon FPP daripada Bank untuk convert bayaran tersebut kepada bulanan sama ada 6, 12, 24 atau 36 bulan.

Jadi daripada anda kena bayar RM2,000 pada bulan berikutnya, anda boleh bayar RM166.67 sebulan untuk tempoh 12 bulan berikutnya. Anda boleh jimat dan anda tidak perlu bayar lumpsum. Akan tetapi mungkin akan dikenakan kadar faedah atau caj pemprosesan.

2) Apa Maksud EPP

EPP juga pelan bayaran ansuran iaitu Easy Payment Plan tetapi ianya ditawarkan oleh pihak kedai atau merchant. Ini bermakna, pihak kedai yang terpilih sahaja akan berikan tawaran bayaran ansuran ini tanpa anda perlu mohon kepada bank.

Anda beli laptop dengan harga RM2,000 di Kedai tersebut dan dalam masa sama kedai tersebut menawarkan pelan ansuran EPP. Jadi anda boleh pilih nak bayar lumpsum atau tukar kepada bayaran bulanan.

Kebiasaanya ianya ditawarkan untuk produk yang lebih baik seperti barangan elektronik seperti tv dan laptop, tiket kapal terbang, perabut rumah dan telefon pintar. Biasanya memang ada FPP daripada merchant.

3) Jadi Apa Beza FPP dan EPP

Kedua-duanya adalah pelan ansuran bagi pembayaran menggunakan kad kredit. FPP anda boleh mohon selepas transaksi dibuat. Manakala EPP anda boleh dapatkan semasa membuat pembelian.

FPP anda kena mohon sama ada menggunakan aplikasi perbankan yang disediakan atau boleh hubungi terus pihak bank. Maybank boleh mohon di MAE apps. Public Bank kena call customer service.

Jika tiada tawaran promosi, FPP biasanya akan dikenakan caj tambahan. Berbeza dengan EPP yang mana kebiasaanya akan ada tawaran 0% interest. Jadi tiada tambahan kos lain ketika buat pembelian. Boleh rujuk sini promosi Maybank, CIMB dan Public Bank.

Maksud dan perbezaan FPP dan EPP ini adalah terpakai untuk semua bank sama ada Maybank, RHB Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB, Public Bank, dan pelbagai bank lain lagi. Cumanya mungkin berbeza atas nama sahaja.

Leave a Reply