Senarai Manfaat Belanjawan Pahang 2027

Pelbagai manfaat telah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2027 yang mana semuanya adalah khusus untuk rakyat Pahang. Jadi apa yang menarik telah diumumkan tersebut?

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdi Wan Ismail telah membentangkan Bajet atau Belanjawan Pahang 2027 yang disaksikan oleh semua ADUN Pahang bertempat di Wisma Sri Pahang yang berada di Kuantan.

Belanjawan ini telah diumumkan pada 20 November 2026, hari Jumaat dan ketika itu orang ramai boleh saksikan secara live streaming menerusi laman facebook Pahang Media dan facebook rasmi Menteri Besar Pahang.

Menteri inisiatif Pahang 1st Kerajaan Prihatin, Rakyat Diutamakan, prestasi kewangan negeri menunjukkan nilai positif. Pada tahun 2026, hutang negeri berkurang daripada RM3.3 bilion kepada RM825 juta. Hasil kutipan melebihi RM1 bilion untuk 5 tahun berturut-turut.

Jadi apakah manfaat yang bakal diterima oleh rakyat Pahang dalam Belanjawan kali ini? Jom kita tengok

Senarai Manfaat Yang Diterima Oleh Rakyat Pahang Menerusi Belanjawan Pahang 2027

1. Murit Tahun 1 dan Tahun 2 hingga Tingkatan 5 daripada keluarga miskin akan menerima kit persekolahan dan baucar pakaian RM100 menerusi Program Tunas Makmur 2027. Dana diperuntukkan sebanyak RM34 juta.

2. Bantuan Mahasiswa Anak Pahang dinaikkan kepada RM500 berbanding RM400 sebelum ini. Bayaran diberi secara one-off untuk mahasiswa IPTA dan IPTS. Peruntukan adalah sebanyak RM10 juta.

3. Bantuan sebanyak RM1,000 disediakan secara one-off kepada anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara.

4. Anak Pahang daripada keluarga B40 yang menuntut di Sabah dan Sarawak akan diberikan subsidi tiket penerbangan Rm500 secara one-off.

5. RM3 juta disalurkan bagi memperkukuh Akademi Pahang 1st.

6. RM2 juta disediakan untuk sumbangan komputer riba atau laptop kepada anak Pahang yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

7. RM5 juta diperuntukkan bagi program Subsidi Pengurangan Pembayaran Pinjaman PTPTN Pahang 1st kepada anak Pahang di peringkat Ijazah Pertama.

8. Penjawat awam Negeri pahang menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan 2 bulan gaji. Ianya akan dibayar pada Januari dan Jun 2027.

9. Bantuan Khas Perayaan juga bakal disalurkan kepada penjawat awam negeri Pahang sebanyak RM1,500 bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

10. RM7.3 juta diperuntukkan bagi Program Air Percuma Pahang 1st yang memanfaatkan 38,000 pengguna berpendapatan rendah berdaftar di bawah eKasih, i-Damak, PPRT dan RRP.

11. Setiap pelajar tahfiz dan pondok berdaftar akan memperoleh sumbangan RM150 secara one-off.

12. Kalau dulu RM300, kali ini dinaikkan kepada RM400 iaitu melibatkan sumbangan one-off bagi perkahwinan kali pertama.

13. Setiap kelahiran baharu melalui Program Permata Makmur akan menyediakan insentif RM300 iaitu merangkumi bantuan tunai RM100 dan simpanan SSPN RM200.

14. RM2 juta diperuntukkan bagi Program Subsidi Deposit Sewa Rumah Pahang 1st termasuk anak Pahang di perantauan.

15. RM3 juta diperuntukkan bagi Program Subsidi Motosikal Tanpa Faedah Pahang 1st

16. RM1.1 juta disediakan untuk Program Sumbangan Topi Keledar Pahang 1st

17. Menyediakan sumbangan one-off Rm300 kepada pekerja gig berdaftar yang mempunyai carumah aktif dibawah SKSPS PERKESO. Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan untuk program ini.

18. Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan Inisiatif Bantuan Negeri Pahang (iBNP) bermula 2027

19. RM10,000 untuk setiap kumpulan kepimpinan akar umbi secara one-off menerusi program Apresiasis Kepimpinan Setempat Pahang 1st.

20. Elaun Pengerusi JKKKB naik 100% kepada RM500 sebulan

Sumber : Facebook Wan Rosdy Bin Wan Ismail

Leave a Reply