FFM35 – Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 2026

Festival Filem Malaysia 2026 telah melabuhkan tirainya selepas selesai mengumumkan senarai pemenang bagi kesemua 25 kategori yang dipertandingkan untuk tahun ini. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan tersebut?

Festival Filem Malaysia (FFM) tahun 2026 kini sudah memasuki edisi ke-35 (FFM35) dan buat pertama kalinya anugerah ini dilangsungkan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Sebuah vanue yang gah terutamanya untuk persembahan teater.

Malam kemuncak itu juga turut dipancarkan ke kaca tv apabila orang ramai dapat menyaksikan FFM 35 secara langsung menerusi saluran RTM di TV2. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di platform RTM Klik secara percuma dan Youtube rasmi FINAS..

Festival Filem Malaysia tahun ini membawa tema “Spektrum Sinema” dan telah dihoskan oleh gandingan pengarah dan produser filem hebat, Datuk Afdlin Shauki bersama pelakon jelita Amelia Henderson.

Selain daripada penyampaian anugerah, malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-35 ini turut diserikan dengan pelbagai persembahan pentas. Ada Hazama, Kaka Azraff, Marsha yang diiringi oleh live band.

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Tahun 2026

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia 2026 (FFM35).

BACA JUGA : Senarai Calon Bagi Setiap Anugerah Di Festival Filem Malaysia 2026

  • Anugerah Khas Filem Box Office – Papa Zola The Movie (Monsta Studios)
  • Anugerah Khas Juri 1 – Aghniny Haque (Khadam)
  • Anugerah Khas Juri 2 – Badak
  • Anugerah Khas Karyawan – Panchacharam P. Nalliah (Pansha)
  • Anugerah Khas Sepanjang Zaman 1 – Seniman Ahmad Yatim
  • Anugerah Khas Sepanjang Zaman 2 – Seniwati Primadona Fauziah Ahmad Daud

1. Filem Terbaik – Khadam

2. Pengarah Terbaik – Shamyl Othman (Khadam)

3. Pengarah Harapan – Ezrie Gazali (Abah Saya, Uncle Mike)

4. Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Badak)

5. Pelakon Wanita Terbaik – Aida Amron (Badak)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Kuben Mahadevan (Macai)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Zarra Zhaff (Khadam)

8. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Jordan Kuan (The Waves Will Carry Us)

9. Pelakon Lelaki Harapan – Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)

10. Pelakon Wanita Harapan – Aila Azizul (Malam Terlarang)

11. Lakon Layar Terbaik – Fariza Azlina Isahak (Khadam)

12. Cerita Asal Terbaik – Shanjhey Kumar Perumal & Sivanantham Perianan (Macai)

13. Sinematografi Terbaik – Haris Hue (Khadam)

14. Penyunting Terbaik – Soo Mun Thye (The Waves Will Carry Us)

15. Skor Muzik Asal Terbaik – Rendra Zawawi (Khadam)

16. Penataan Seni Terbaik – Soon Yong Chow (Mother Bhumi)

17. Penataan Bunyi Terbaik – Soon Yuen Yiet (Khadam)

18. Lagu Tema Terbaik – “Tak Berlagu” (Khadam)

19. Rekaan Busana / Kostum Terbaik – Aida Fitri Buyong (Gayong 2)

20. Kesan Khas Visual Terbaik – Ameen Mustajab (Malam Terlarang)

21. Tatarias / Solekan Terbaik – Jessie Yeow (Khadam)

22. Poster Terbaik – Skyzen Studios (Blues)

23. Dokumentari Terbaik – Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin

24. Filem Pendek Terbaik – Salted Fish

25. Anugerah Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik – Defenderz Action Team (Tarung: Unforgiven)

Khadam melakar sejarah apabila memenangi 9 anugerah dalam FFM35 seterusnya dinobatkan sebagai Filem Terbaik.

Sumber : https://ffm.finas.my/

2 thoughts on “FFM35 – Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 2026”

Leave a Reply