Masa bulan kelahiran ni lah macam-macam boleh dapat hadiah atau birthday treats dan salah satunya adalah anda boleh redeem atau tebus kek HWC Coffee secara percuma.
Kedai kopi biasanya akan menghadiahkan anda sepotong kek sempena bulan kelahiran atau birthday anda. Selain HWC Coffee, ada beberapa jenama kopi lain juga bagi kek termasuk Zus Coffee, Starbucks, Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dan banyak lagi.
BACA JUGA : Tebus Aiskrim Inside Scoop Percuma Sempena Hari Jadi Anda
Jadi jika sudah tiba bulan kelahiran anda, boleh datang ke mana-mana cawangan HWC Coffee di seluruh negara dan tebus kek secara percuma. Macam mana nak tebus? Ikuti langkah dan caranya seperti dibawah.
Cara Tebus Kek HWC Coffee Secara Percuma
Perkara utama untuk melayakkan anda redeem sepotong kek adalah anda wajib download aplikasi HWC Coffee sama ada di Play Store atau App Store. Kemudian daftar akaun dan masukkan maklumat serta butiran peribadi termasuk tarikh lahir.
Bila tiba birthday atau tarikh kelahiran anda, anda akan diberi 1x voucher Birthday Treats dan dengannya lah anda boleh tebus kek secara percuma. Tempoh sah adalah selama 30 hari selepas tarikh hari lahir anda.
Anda hanya boleh menggunakan baucer ini di kaunter sahaja, jadi anda perlu datang ke cawangan HWC Coffee. Kemudian untuk tebus, anda perlu beli mana-mana minuman yang dijual bagi melayakkan anda dapat kek secara percuma.

Seterusnya tunjukkan kod QR yang diberikan dalam aplikasi HWC Coffee tersebut.
Pengalaman Tebus Kek HWC Coffee Sempena Birthday
Tarikh lahir aku jatuh pada 6 September. Jadi pada hari tersebut, aku dapat voucher Birthday Treats tersebut. Aku rasa aku baru download aplikasi, tapi masih diberi baucer tersebut.
Aku tebus di cawangan Kuantan iaitu di East Coast Mall. Untuk melayakkan aku dapat kek secara percuma, aku order Salted Spanish Latte dengan harga RM15.90. Dengan itu, aku ambil Chocolate Hazelnut Cake yang berharga asalnya RM13.90. Tapi aku dapat free sahaja. Masa tu ada 2 jenis kek termasuk Crumble Cheesecake.

Kopi dapat, kek pun dapat.


Jadi kepada anda yang mungkin birthday dah tak lama, boleh la untuk download dan daftar akaun HWC Coffee ini sekarang. Bila tarikh istimewa anda nanti sudah tiba, boleh la redeem. Siapa nak bagi kek percuma kan.
Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman web rasmi di https://www.hwccoffee.my/