Masa tengok Threads, ramai juga yang tanyakan soalan “macam cara terminate Astro?”. Ada yang cuba call, tak dapat. Dapat call pun tapi tak membantu. Jadi macam-macam la jawapan yang diberi oleh orang ramai.
Jadi sekarang mungkin anda sedang cari solusi tentang perkara ini. Oleh itu, disini aku nak kongsikan pengalaman sendiri terminate atau potong Astro dalam tempoh sebulan sahaja. Lagi jadi mudah kalau 2 perkara ini anda dah selesaikan.
Sebab Nak Terminate Astro
Aku nak terminate Astro sebab dah tak tengok sangat pun. Kalau tengok pun mungkin sukan sahaja. Tapi bil ketika itu sudah naik sehingga RM108 termasuk caj. Disebabkan tiap-tiap bulan bayar mahal, buat keputusan untuk potong Astro.
Tapi dalam masa yang sama, parents di rumah masih juga nak tengok Astro. Sambungan guna satelit dan mudah digunakan. Disebabkan itu, aku ada jumpa alternatif kepada Astro iaitu Njoi. Ya, ianya juga produk Astro tapi secara prepaid.
Njoi ni tak perlu kepada langganan bulanan. Anda diberi basic channel seperti TV1, TV2, TV3, TV9 dan sebagainya secara percuma tanpa perlu bayar sampai kiamat. Tapi kalau nak tengok Astro Ria, Prima, AXN atau sukan di Astro Arena, Astro Badminton semua, just perlu bayar secara bulanan sahaja.
BACA JUGA : Senarai Nombor Channel Astro Terbaru
Disebabkan itulah, aku terus buat keputusan nak potong Astro dan tukar kepad Njoi. Macam mana cara terminate Astro dengan mudah? Boleh tengok langkah seperti dibawah.
Cara Terminate Astro Dengan Mudah
Tapi sebelum aku nak hubungi pihak Astro, aku dah setelkan 2 perkara ini terlebih dahulu. Jika dah setel, confirm urusan nak terminate jadi lagi mudah:
- Pastikan tiada lagi contract bersama Astro
- Baru selesaikan bil Astro yang terakhir
Jika masih dalam contract, kalau nak terminate, anda perlu bayar penalti yang jauh lebih mahal. Setelkan bil terakhir supaya tiada bil tertunggak selepas urusan termination. Kadang kita tak perasan, rupanya masih ada hutang dengan Astro.
Dah setel ni, baru boleh start hubungi Astro.
1) Hubungi Pihak Astro
Ramai yang mengadu susah nak bercakap atau call (03 95433838) dengan customer service Astro. Jadi tak perlu call, anda perlu Whatsapp sahaja. Boleh klik LINK INI untuk terus chat dengan pihak Astro di Whatsapp.
Anda ikut sahaja arahan daripada bot Whatsapp Astro tersebut. Bagi tahu nak ‘Terminate Astro’ dan anda akan disambungkan dengan Agent. Sediakan 10-digit no. Astro, nombor untuk dihubungi dan alasan kenapa nak terminate Astro.

2) Lengkapkan Borang
Selepas selesai chat dengan Agent, anda akan diberikan link untuk berikan maklum balas berkaitan pemotongan tersebut. Jadi anda masukkan segala butiran yang diperlukan dan akhir sekali klik Submit.

3) Pihak Astro Akan Hubungi Anda
Kita tak perlu call Astro, tapi Astro sendiri akan call kita. Jadi selepas dah setelkan borang tersebut, dalam 3-hari bekerja, Astro akan call anda. Melalui panggilan tersebut, pihak Astro akan buat pengesahan sekali lagi untuk teruskan proses termination.
Biasanya Astro akan counter atau offer dengan tawaran lain supaya anda masih bersama mereka. Kalau berbaloi, boleh la guna Astro lagi. Kalau taknak, bagi tahu je taknak. Bagi tahu keputusan anda sememangnya nak terminate Astro.
Jika anda sudah sahkan perkara tersebut dan semua hutang atau kontrak dan tiada. Proses penamatan akan berlaku dalam tempoh 30 hari.
4) Astro Akan Tamat Berfungsi Dengan Sendiri
Selama tempoh 30 hari sebelum tiba hari tamat tempoh Astro tersebut, anda masih boleh lagi tengok atau layan Astro seperti biasa. Ianya akan berfungsi atau terpadam dengan sendiri bila tiba waktu yang ditetapkan.
Astro di tv anda akan terpadam sendiri dengan memaparkan status ‘SIM Card Error’. Jadi setel pemotongan Astro anda.

Pengalaman Terminate Astro
Aku terminate Astro sehari selepas buat pembayaran bil bulan Mei. Masa tu memang takda kontrak dah. Lebih 6 bulan rasanya. Jadi aku whatsapp dan kemudian lengkapkan borang yang diberi oleh pihak Astro.
Lepas hantar borang tersebut, hari esoknya pihak Astro terus call untuk sahkan permohonan penamatan. Dia tanya soalan kenapa nak terminate, aku bagi tahu sebab nak pasang Njoi. Terus dia terima dan proceed je.
Cukup 30 hari, terus Astro terpadam di tv dan termasuk di akaun dalam aplikasi My Astro. Dipaparkan status ‘Your account is suspended’. Itu bermaksud, aku dah berjaya potong Astro dengan jayanya dan proses sangat mudah.

Selain itu, sebenarnya selepas potong Astro, anda kena pulangkan decoder Astro tersebut, tak kisahlah Ultra Box atau Ulti Box. Tapi jangan risau, ada pihak kurier yang akan pick up decoder tersebut. Anda perlu tunggu sahaja di rumah.

Setel!