Dah tahun 2026, baru aku sempat review Filem Badak. Ini sebabnya kini sudah ditayangkan secara online menerusi platform Netflix.
Pada asalnya filem ini ditayangkan di pawagam iaitu sekitar Oktober 2025. Jadi sepanjang tayangan, aku tak untuk menonton di pawagam.
Jadi sebab dah masuk streaming platform, barulah aku sempat dan berkesempatan untuk menonton di kaca tv.
Badak merupakan sebuah filem arahan M. Raihan Halim yang sangat berjaya. Jalan cerita mungkin simple, tapi mampu sampai kepada setiap penonton termasuk aku juga.
Bukan itu sahaja, ditambah dengan lakonan Shaheizy Sam bersama Aida Amron sebagai bapa dan anak yang bagi aku cukup berjaya dan penuh chemistry.

Sinopsis Filem Badak
Filem Badak mengisahkan tentang perjalanan seorang bapa tunggal yang pekak iaitu Badak membesarkan anaknya Mirah dalam dunia yang sederhana tapi penuh dengan kasih sayang.
Meskipun bapanya pekak, tapi tidak menghalang untuk anaknya, Mirah untuk terus berbakti dan membantu ayahnya menguruskan perniagaan burger bersama-sama.
Dalam masa yang sama, Mirah mempunyai minat yang mendalam kepada muzik terutamanya genre hip-hop. Dari sinilah bermula konflik antara dua beranak ini sehingga mula mencipta jarak antara keduanya.
Review Filem Badak
Sebelum aku tengok filem ni, tak tahu pun sebenarnya Shaheizy Sam ni bawa watak seorang yang pekak dan bisu. Atau senang cerita aku memang tengok mula dengan ‘kosong’.
Tapi babak-babak awal sebenarnya menarik minat aku untuk tengok sampai habis. Bila ada scene Badak dan Mirah tengah berniaga burger di tengah Kampung Baru, aku terus macam nak tengok sampai habis. Boleh rasa vibe yang ‘this is the real situasion’ yang berlaku di Malaysia.
Kemudian barulah muncul watak pekak dan bisu tersebut.
Overal untuk lakonan Shaheizy Sam pegang watak Badak ni memang padu la. Even tiada dialog yang dilontarkan dengan sekadar bahasa isyarat je, boleh sampai kot. Segala emosi yang ditonjolkan, seolah-olah macam dia bersuara betul.
Tak cukup dengan itu, watak Mirah yang dibawa oleh Aida Amron pun tidak kurang hebatnya. Boleh rasa keakraban seorang anak bersama bapanya even dia pekak sekali pun. Aida ni pun best berlakon tengok dalam siri Doh.
Lepas tu dengan fizikal Badak yang buncit, duduk di flat Kampung Baru, memang vibe filem tempatan la. Baru sampai feel tu.
Jalan cerita santai, tak perlu berfikir pun. Anda boleh ikuti segala penceritaan secara terus dari mula hingga habis. Tiada plot twist yang merepek.
Muzik hip-hop yang dimainkan dalam filem ini sebenarnya boleh tahan beb. Mirah pula bawakan seakan real dia menyanyi dan buat persembahan.

Babak Pekak Yang Sebenar
Mungkin yang paling menarik sekali sepanjang penceritaan adalah situasi ‘pertukaran’ antara bunyi bising kepada ‘senyap’ seolah memasuki dunia orang pekak.
Dari sini, sebagai penonton pastinya terlintas dalam benak sanubari ‘macam ni rupanya keadaan orang pekak’, tidak mampu mendengar, sekali pun bising dengan bunyi beat.
Tapi pengarah tidak kosong guys. Dia bagi ending dengan lagu badak beserta ‘hand gesture’ yang mana orang Pekak boleh faham apa yang dinyanyikan.
Mirah akhirnya berjaya ‘mendengarkan’ lagu kepada ayahnya, Badak yang juga kali terakhir persembahan yang dibuat.
Last scene ni kalau hati tisu, memang mengalir air mata lah. Tiada dialog, yang ada hanya ‘bahasa isyarat’ dan perasaan kasih sayang.
Tengok guys kat Netflix. Serius tak menyesal.
Filem Badak – 8/10 ⭐