Meskipun menyertai ASEAN Hyundai Cup 2026 kali ini dalam serba kekurangan. Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat semi final apabila muncul top 2 dalam kumpulan B.
Kali ini kalau kalau tengok, skuad Harimau Malaya bukanlah berada di prestasi sebenar terutamanya apabila terpalit dengan skandal ‘pemain palsu’. Satu persatu masalah yang timbul. Tapi penyertaan kejohanan tetap diteruskan.
Paling tak best, buat pertama kali ini edisi ke-30 kejohanan, Malaysia tidak menyiarkan live atau siarang langsung di kaca tv. Sebaliknya, hanya disertakan link live streaming, ‘ihsan’ daripada youtube ASEAN United FC.

Sepanjang 4 perlawanan di peringkat kumpulan, selain daripada menonton di stadium ketika perlawanan berlangsung di home, peminat bola sepak tempatan hanya boleh menonton di saluran youtube sahaja.
Ini kerana sama ada Astro atau RTM kali ini tidak membawakan perlawanan-perlawanan ini secara langsung ke kaca tv. Orang ramai nak tengok ASEAN Hyundai Cup kena tengok di skrin kecil iaitu di youtube.
Adakah Akan Ada Tayangan Siaran Langsung Di Kaca TV Selepas Ini?
Kini Malaysia sudah berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir. Malaysia muncul sebagai naib juara kumpulan apabila berjaya mengumpul 9 mata daripada 4 perlawanan. Anak-anak buah Tan Cheng Hoe menang 3 kali dan hanya tumpas sekali di tangan Thailand.
Persoalan yang sama timbul sama seperti pada awal-awal kejohanan. Adakah dah masuk semi final kali ini, akan ada tayangan live di kaca tv? Adakah Astro mahupun RTM akan membawakan secara langsung perlawanan ini?
RTM boleh bawakan semua perlawanan siaran lansung Piala Dunia FIFA 2026. Kemudian RTM bersama Astro mampu untuk tayangkan match antara JDT vs Chelsea baru-baru ini. Takkan game semi final ini mereka taknak tayangkan?
Perlawanan separuh akhir ASEAN Hyundai Cup 2026 mempertemukan Malaysia dan Vietnam akan berlangsung pada 16 Ogos 2026 (Ahad) dan 19 Ogos 2026 (Rabu) untuk timbal balik kedua. Malaysia terlebih dahulu akan menjadi tuan rumah, diikuti pasukan Vietnam.

Adakah ada tayangan siaran langsung di kaca tv atau tidak, tunggu pengumuman rasmi yang dibuat dari semasa ke semasa.
1 thought on “Dah Masuk Semi Final. Takkan Tiada Live Match Malaysia Di ASEAN Hyundai Cup 2026”