RTM semakin tak boleh dijangka lah. Yang terbaru, mereka akan bawakan tayangan siaran lansung bagi perlawanan persahabatan Manchester United vs AC Milan ke kaca tv untuk semua penonton secara percuma.
Pengumuman ini dibuat menerusi poster yang dikongsikan di halaman facecbook Sukan TV RTM yang memaparkan jadual siaran langsung untuk perlawanan tersebut. Tidak cukup dengan itu, ada 2 lagi perlawanan persahabatan yang turut disiarkan iaitu Schalke vs Real Madrid serta Liverpool vs Como.
Ketiga-tiga perlawanan ini akan berlangsung untuk 3 hari berturut-turut bermula tarikh 15-17 Ogos 2026 iaitu pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin.

Aku sebagai peminat Red Devils pastinya menunggu-nunggu pertemuan Manchester United vs AC Milan dan nak tengok bagaimana Rubin Amorim berdepan dengan pasukan lamanya.
Siaran Langsung Manchester United vs AC Milan Di RTM
Rasanya seingat aku RTM tak pernah bawakan siaran langsung untuk perlawanan persahabatan. Selepas Piala Dunia FIFA 2026, kemudian ke Sukan Komanwel Glasgow dan kini terbaru RTM buat ‘gila’, dibawanya plak game melibatkan kelab-kelab eropah sama seperti JDT bertemu Chelsea sebelum ini.
BACA JUGA : Separuh Akhir ASEAN Hyundai Cup 2026 Ada Live Tak Di RTM Dan Astro?
Untuk Manchester United bertemu AC Milan akan berlangsung pada 15 Ogos, hari Sabtu pada pukul 10.30 malam. Diikuti hari berikutnya (16 Ogos, Ahad) untuk perlawanan Schalke vs Real Madrid dengan waktu sepak mula pada jam 10.45 malam. Kedua-dua perlawanan ini anda boleh tonton di saluran Sukan+ termasuk di Astro (CH806).
Manakala untuk 17 Ogos, hari Isnin akan ditayangkan perlawanan Liverpool vs Como dimana akan berlangsung pada 12.45 tengah malam menerusi saluran TV Okey (Astro CH146). Kesemua perlawanan ini anda juga boleh tonton secara live streaming di RTM Klik. Semua PERCUMA!
Sekarang RTM dah pandai tayangkan perlawanan kelab-kelab eropah termasuk Man United, Chelsea dan Liverpool. Adakah ini tanda-tanda impian rakyat Malaysia untuk menonton EPL di RTM akan direalisasikan tidak lama lagi?