Dapat Tebus Beli 1 Percuma 1 Aiskrim Inside Scoop Sempena Hari Jadi

Bila dah masuk bulan birthday aku iaitu September, mula la nak cari apa benda best boleh tebus dan untuk permulaan aku tebus aiskrim Inside Scoop. Bila lagi nak merasa aiskrim premium kalau tak waktu bulan Hari Jadi.

Setiap tahun, selain menyambut Hari Ulang Tahun, aku juga tertunggu untuk tebus pelbagai tawaran yang disediakan seperti makanan, minuman, aktiviti dan pelbagai lagi. Sepanjang bulan ni rasa sangat dihargai oleh kedai-kedai tersebut.

Sebenarnya kalau ikutkan, tahun 2026 ini merupakan tahun kedua aku mula untuk tebus segala tawaran yang ada dan mana yang sempat. Aku mula perasan tawaran sempena Hari Jadi ini adalah tahun sebelumnya.

Jadi dalam banyak-banyak tawaran yang disediakan, untuk permulaan aku tebus Inside Scoop dulu. Sebab kebetulan masa tu turun ke Kuantan, jadi singgah di ECM untuk pergi ke satu-satunya cawangan di Pahang. Temerloh, tempat aku takda.

Apa Tawaran Daripada Inside Scoop Sempena Hari Jadi? Bagaimana Cara Untuk Tebus?

Sempena Hari Jadi, Inside Scoop menawarkan Birthday Treats atau Hadiah Hari Jadi dalam bentuk aiskrim. Pada bulan kelahiran, anda akan ditawarkan promosi Buy 1, Free 1 (B1F1) atau Beli 1 Percuma 1 untuk semua perisan aiskrim yang ditawarkan.

aiskrim inside scoop percuma

Tawaran ini diberikan untuk setiap pelanggan yang sudah mendaftar akaun di aplikasi Inside Scoop. Jadi sepanjang bulan kelahiran anda tersebut, anda boleh nikmati tawaran ini untuk sekali sahaja. Kalau anda lahir bulan Julai, sepanjang Julai untuk anda boleh guna tawaran ini.

Cara Tebus Tawaran Aiskrim Inside Scoop

Jadi caranya, anda perlu download aplikasi Inside Scoop di Play Store atau App Store atau pergi ke https://insidescoop.com.my/. Kemudian daftar akaun dengan memasukkan segala butiran peribadi yang diperlukan terutamanya tarikh hari jadi anda. Sekali dah set, anda tidak boleh ubah.

Kemudian anda boleh datang ke mana-mana cawangan Inside Scoop seluruh Malaysia untuk menebus. Anda perlu tebus menggunakan aplikasi Inside Scoop. Pastikan ada qr kod yang diberikan dalam apps tersebut.

cara tebus aiskrim inside scoop

Kemudian anda perlu beli 1 aiskrim (1 scoop sekurang-kurangnya) untuk melayakkan anda menerima 1 lagi aiskim (1 scoop) secara percuma. Senang cerita, akhirnya anda akan dapat 2 aiskrim untuk 1 pembayaran. Berbaloi la kan. Siapa nak bagi percuma kan.

perisa aiskrim inside scoop

Tapi mungkin ada yang tanya, kalau baru install aplikasi pada bulan kelahiran, masih layak ke nak dapat tawaran B1F1 ni? Yang ni sebenarnya aku tak pasti, tapi kalau tanya aku, sebagainya daftar sebelum masuk bulan kelahiran anda. Jika anda lahir pada Februari, daftar pada bulan Januari. Confirm dapat lah.

Untuk perbandingan, pada tahun 2025, aku pernah tebus aiskrim Inside Scoop ni sekali. Tapi masa tu best sebab anda akan dapat 1 aiskrim percuma tanpa perlu beli 1 aiskrim. Kira boleh dapat percuma tanpa perlu bayar. Kali ni dia dah tukar syarat, kena beli 1 aiskrim. Tapi ok lah kan.

Jadi bagi anda yang mungkin bulan kelahiran anda dah nak sampai atau dah masuk bulan pun, boleh la download siap-siap aplikasi Inside Scoop dan terus daftar. Nanti boleh la dapat aiskrim percuma sempena Hari Jadi.

1 thought on “Dapat Tebus Beli 1 Percuma 1 Aiskrim Inside Scoop Sempena Hari Jadi”

Leave a Reply