Dapat Naik Free Menara KL Masa Birthday. Ini Cara Tebus

Biasa ‘Birthday Treats’ dapat tebus kek, aiskrim, harga diskaun dan boleh dapat baucer kan. Kali ini lain sikit sebab aku dapat view Kuala Lumpur yang mana aku dapat naik Menara KL secara percuma.

Ya, di Menara KL pun anda boleh tebus hadiah yang ditawarkan sempena Hari Jadi. Kalau Inside Scoop dapat aiskim percuma dan Secret Recipe boleh dapat kek free. Kalau pergi Menara KL, boleh naik secara percuma.

BACA JUGA : Cara Tebus Aiskim Di Insiden Scoop Untuk Dapatkan Buy 1 Free 1

Jadi untuk anda yang mungkin dah masuk bulan Hari Jadi atau sedang mencari tempat mana lagi boleh redeem ‘Birthday Treats’, anda boleh masukkan Menara KL atau KL Tower ini dalam senarai tersebut.

Hadiah Yang Ditawarkan Di Menara KL Sempena Hari Jadi Anda

Bagi meraikan Hari Jadi anda, Kuala Lumpur Tower ada menawarkan hadiah Hari Jadi yang istimewa. Anda boleh dapat naik Menara KL sehingga ke Observation Deck secara PERCUMA.

observation deck menara kl

Dengan itu, anda boleh nikmati pemandangan indah dan luar biasa Kuala Lumpur dari ketinggian sebuah pencakar langit. Tinggi sebenar KL Tower adalah 421m dan Observation Deck adalah 276m.

Dari sini anda boleh nikmati view 360°. Anda boleh lihat ketinggian Merdeka 118 dengan sama paras. Boleh dapat lihat KLCC dan bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dari tempat tinggi.

Cara Tebus Naik Menara KL Secara Percuma

Jadi untuk melayakkan anda dapatkan tiket masuk percuma ini, anda boleh tebus sepanjang bulan kelahiran anda. Tidak mengira tarikh, anda boleh tebus pada bila-bila masa sahaja.

Caranya, anda datang ke Menara KL, kemudian pergi ke kaunter tiket. Tidak boleh dibuat secara online. Seterusnya anda tunjuk MyKad yang tertera tarikh lahir anda kepada staff untuk tujuan pengesahan. Jika berjaya, anda boleh dapat 1 tiket naik Menara KL hingga ke Observation Deck.

tiket percuma menara kl

Tawaran ini hanya dibuka kepada rakyat Malaysia sahaja. Untuk info lanjut, anda boleh rujuk poster dibawah atau hubungi 03-2630 3088.

hadiah hari jadi menara KL

Pengalaman Naik Menara KL Sempena Hari Jadi

Hari Jadi aku jatuh pada bulan September dan dalam masa yang sama bulan tersebut juga merupakan sambutan ke-30 tahun bagi Kuala Lumpur Tower.

Aku naik pada hari Rabu, jadi pengunjung tidak terlalu ramai. Jadi proses untuk tebus tiket di kaunter tidak mengambil masa yang lama pun.

Selepas dah bagi MyKad untuk tujuan pengesahan, anda akan diberi tiket bersama Kod QR yang memaparkan tanda ‘Birthday Month’. Jadi aku naik dan terus ke tingkat 1 yang mana terletakknya Observation Deck.

Disinilah anda boleh nikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Tapi malangnya aku naik masa jerebu dan ditambah hujan renyai. View tak cantik sangat, tapi masih lagi boleh nampak bangunan-bangunan lain.

Selain itu, dibahagian ini juga ada jualan souvenir. Sambil nikmati pemandangan, boleh shopping barangan eksklusif yang hanya ada Menara KL sahaja. Boleh la beli fridge magnet, keychain dan sebagainya.

Untuk info, Menara KL ada 5 tingkat dan setiap daripadanya perlu ada tiket khas yang kena beli. Apa yang ada pada setiap tingkat tu:

  • Tingkat 1 : Observation Deck
  • Tingkat 2 : ORBIT Revolving Dining
  • Tingkat 3 : HEMISFERA Luxury Sky Hall
  • Tingkat 4 : Sky Garden
  • Tingkat 5 : Sky Terrace & Glass Box

Of course paling best bila dapat naik sehingga terrace. Boleh pergi ke bahagian luar. Tapi untuk tiket percuma ini hanya terhadi di Observation Deck sahaja. Nak pergi terrace kena beli tiket berharga RM50.

harga menara kl

Jadi untuk anda yang nak sambut Hari Jadi dengan lebih istimewa, nanti bila tiba bulan kelahiran anda, datang ke sini dan tebus tiket untuk naik free Menara KL.

Leave a Reply