Sebab dah terbelanja banyak, jadi aku cuba la kot-kot boleh tambah limit kad kredit Public Bank (PB) aku ni. Sebab aku malas nak call, jadi aku cuba email sahaja dan rupanya permohonan aku tersebut diluluskan.
Aku ada 3 kad kredit iaitu Maybank, RHB dan Public Bank. Sebenarnya aku boleh cakap, cc PB ni aku paling suka. Meskipun kad ni bagi 1% cashback dan tiada point boleh dikumpul, tapi kad ini selalunya ada promosi 0% Easy Payment Plan atau EPP. Jadi boleh buat installment.
Setakat aku menggunakan kad kredit Public Bank, setiap 6 bulan pasti ada tawaran menarik untuk EPP. Pernah tawaran diberi 0% untuk perbelanjaan serendah RM300 untuk 6 bulan. Paling tinggi pun untuk perbelanjan RM1000 untuk 0% caj bulanan.
BACA SINI : Mohon Kad Kredit Public Islamic Bank Visa Gold-i
Jadi disebabkan tawaran ini, sakan la berbelanja. Biasanya untuk kegunaan travel. Beli tiket flight, hotel semua guna EPP sahaja. Cukup tempoh 6 bulan, tiba waktu penerbangan, bayaran bulanan dah setel. Tak perlu bayar penuh masa beli tiket.
Sebab limit kad kredit Public Bank ni tidak terlalu tinggi, aku cuba untuk mohon tambah limit. Ada pelbagai cara untuk anda mohon seperti datang ke cawangan bank, call atau boleh emel. Aku pilih untuk emel sahaja.
Cara Mohon Tambah Limit Kad Kredit Public Bank Guna Emel
Untuk info, aku guna kad kredit Public Islamic Bank Visa Gold-i. Untuk mohon tambah limit, anda perlu sediakan gambar kad kredit yang tertera nombor dibahagian hadapan dan belakang, surat permohonan dan statement bank 6-bulan. Jika anda bekerja sendiri, anda perlu juga lampirkan borang Form B 2023.
Contoh surat adalah seperti dibawah:
[Alamat Anda]
Credit Card Department
Public Bank Berhad
Menara Public Bank, 146 Jalan Ampang,
Peti Surat 12542,
50450 Kuala Lumpur Date: 24th January 2025
Dear Sir/Madam,
Application to Increase Credit Card Limit Public Islamic Bank Visa Gold-i
I, [Your Name] the holder of a Public Islamic Bank Visa Gold-i credit card with the
account number [no. kad] would like to request an increase in my credit card limit.
2. Since I started using this credit card, I have consistently ensured that payments are
made on time and in full (if applicable). I am very satisfied with the services provided by Public
Bank and would like to make better use of this facility to meet my growing financial needs.
3. Therefore, I kindly request that my current credit limit be increased from [current limit (RM)] to
[new limit (RM)]. This increase will help me manage my expenses more flexibly, particularly for
business expenses and travel.
4. In support of this application, I have attached the following documents:
- My latest 6-month bank statement.
- Front and back image of card credit
I hope this application will be considered favourably. Should you require further information,
please contact me at [No. Phone] or [Your Email]
Your cooperation and attention to this matter are greatly appreciated.
Thank you.
Hantar Emel
Kemudian anda hantar emel kepada custsvc@publicbank.com.my dengan tajuk ‘Application for Credit Card Limit Increase’. Akhir sekali, lampirkan semua dokumen yang diperlukan seperti diatas.
Untuk pengalaman sendiri, permohonan dibuat pada 24 Januari dan kelulusan diberikan pada 14 Februari iaitu sekitar 22 hari. Jika lulus, anda akan menerima SMS yang menyatakan permohonan naik limit kad kredit Public Bank berjaya.

1 thought on “Cara Tambah Limit Kad Kredit Public Bank Guna Emel”