2-3 minggu kebelakangan ini, Ayam Gepuk Artisan menjadi bual mulut nitizen di media sosial. Ramai yang heboh dengan kongsikan pengalaman dan review yang mengatakan ayam gepuk ini paling sedap pernah mereka cuba.
Disebabkan itulah, aku tertanya-tanya betul ke Ayam Gepuk Artisan paling sedap? Sebab untuk aku, setakat ini, level no. 1 masih dipegang oleh Ayam Gepuk Pak Gembus. Jadi adakah jenama Artisan ini lebih sedap daripada Pak Gembus.
Akan tetapi, malangnya jenama ini hanya ada dan dibuka di lembah Klang dan Pantai Barat sahaja setakat ini. Untuk aku yang berada di Temerloh, bahagian Pantai Timur ni masih tiada cawangan dibuka. Jadi nak cuba, kena pergi ke Kuala Lumpur.
Bagai Bulan Jatuh Ke Riba, aku ditugaskan untuk pergi ke KLIA atas urusan kerja. Jadi dalam masa yang sama, aku boleh la singgah mana-mana cawangan di Selangor terutamanya untuk merasai Ayam Gepuk Pak Gembus ini. Sedap sangat ke?
Review Ayam Gepuk Artisan
Masa ni cawangan terdekat adalah di Bandar Saujana Putra yang mana lokasinya berdekatan dengan MAHSA University. Tapi nasib baik masa datang tu, orang tak ramai lagi, meskipun tempat tumpuan pelajar dan boleh makan dengan tentang.
Seperti jenama lain juga Ayam Gepuk Artisan juga menyediakan 2 jenis ayam goreng iaitu Krispy dan Klasik atau Original. Sebab nak cuba rasa asli dan original, aku order Set A iaitu terdapat Nasi + Ayam + Sambal + Kubis + Timun beserta air Teh O Ais dengan harga RM10.99. Aku pilih set pedas tanpa sos kacang gajus.
Untuk senarai harga Ayam Gepuk Artisan, boleh tengok seperti dalam gambar dibawah:

Sebelum pergi bab rasa, jika dilihat pada tanda harga, aku rasa Ayam Gepuk Artisan ini adalah yang termurah. Dengan set lengkap, anda boleh dapatkan harga bawah RM11.00 yang mana rata-rata jenama lain biasanya atas RM12.00. Plus point disini.
Sambal Sedap Ke?
Untuk aku, Ayam Gepuk ini paling penting adalah rasa sambal yang disediakan. Kalau sambal sedap, keseluruhan menu Ayam Gepuk tersebut sebenarnya akan jadi sedap. Ya la, lauk pun hanya ada ayam goreng dan sambal je kan.

Jadi sambal Ayam Gepuk Artisan bagi aku cukup pedas dan sedap kalau makan panas-panas dengan nasi putih dan ayam goreng. Akan tetapi tiada rasa sedap pada sambal ini. Cuma ada rasa pedas cili sahaja. Ayam goreng dapat lepas masak, memang sedap lah. Kubis, timur dan tempe rasa sama je.
Jika nak buat perbandingan, rasa pedas sambal sama seperti sambal Ayam Gepuk Top Global. Rasa pedas, tapi tiada rasa sedap. Jika dibandingkan dengan Pak Gembus yang mana ada rasa pedas dan rasa sedap. Bukan itu sahaja, tekstur sambal pun hancur habis dah cilinya. Ini gesek sampai lunyai kot. Pak Gembus best, sebab masih ada fizikal cili tersebut. Tak terlalu hancur.
Kelebihan Ayam Gepuk Artisan
Tapi ianya tak bermaksud tak sedap. Tetap sedap! Tapi kalau nak buat perbandingan, aku boleh bagi Ayam Gepuk Artisan ini sama level dengan Ayam Gepuk Top Global yang mana bagi aku kedua paling sedap selepas Ayam Gepuk Pak Gembus.
Berkelebihan daripada Top Global sebab anda boleh refill kacang gajus, sambal gajus, kicap, nasi dan air juga. Rasanya takda lagi jenama yang bagi refill air kan. Tapi kat Artisan ini anda boleh refill air sekiranya sudah habis.

Nak Repeat Lagi?
Kalau tanya aku nak repeat lagi tak? Sudah tentu! Selain daripada rasa keenakkan sambal gepuk, kat sini harga paling murah dan berbaloi. Jadi memang akan repeat lagi la kalau sampai ke Kuala Lumpur atau mana-mana cawangan yang ada.