Selepas setahun lebih viral di media sosial, akhirnya aku dapat juga rasa Nasi Lemak Burung Hantu. Orang cakap, biar dah reda sikit, then baru lah boleh pergi rasa sendiri kan. Takda la kena beratur panjang sebab nak makan nasi lemak je.
Nasi Lemak Burung Hantu ni viral sekitar awal tahun 2025. Kalau orang tanya nasi lemak mana paling best di Kuala Lumpur, rata-rata bagi jawapan suruh cuba nasi lemak ni. Dan macam-macam lah review yang diberi oleh pengguna.
Kini tahun 2026 sekitar bulan Ogos, barulah aku dapat rasa sendiri ‘nasi lemak viral’ ni. Itulah selepas mereka buka cawangan terbaru iaitu di Terminal Bersatu Gombak (TBG). Jadi mudah la aku nak pergi dan tak perlu drive sampai ke TTDI sana.

Jadi kali ini aku nak share pengalaman dan review merasai sendiri Nasi Lemak Burung Hantu. Sedap sangat ke sampai viral dan ramai cari sebelum ini?
Review Nasi Lemak Burung Hantu
Sebenarnya aku dapat cuba Nasi Lemak Burung Hantu ni sebab aku pergi Jakarta masa tu. Jadi aku bergerak dari Temerloh ke KLIA, kena turun dulu di TBG sebab naik bas ekspres. Jadi masa ni lah aku sempat untuk cuba nasi lemak ni ketika aku ingin pulang ke Temerloh.
BACA JUGA : Itinerari Ke Jakarta Untuk Food Huntung Selama 4H3M Secara Solo
Untuk info, selain nasi lemak sebenarnya restoren ini masih menyediakan pelbagai menu lain seperti Nasi Goreng, Mee, Meehon, Kuey Teow, Maggi, Roti Bakar, Murtabak, Roti Canai dan pelbagai snek lain juga.
Untuk lauk nasi lemak juga pelbagai jenis ditawarkan. Ada ayam goreng berempah, ada sambal sotong, sambal kerang, rendang daging, sambal udang dan paru berlada. Nak beli banyak pilihan, pergi ke cawangan utama di TTDI.
Harga Nasi Lemak
Dah nama pun kedai nasi lemak, jadi signature atau makanan utama di restoren ini pastinya Nasi Lemak. Jadi aku order Nasi Lemak Ayam Berempah dengan harga RM17.90. Ditambah dengan air teh-o ais berharga RM4.50. Jadi total RM22.40.

Jadi dengan harga dan menu tersebut, anda akan dapat Nasi Lemak Basmathi, sambal bilis, ikan bilis goreng dan kacang yang diletak asing, timur 3 hiris, telur goreng dan juga ayam goreng dengan saiz suku.
Sebelum review pada bahagian rasa, bagi aku harga dia mahal untuk menu nasi lemak. Tapi mungkinlah dengan kedai atau restoren ‘macam’ nampak mahal dan guna beras mahal. Jadi kena letak harga sedikit tinggi daripada yang biasa.
Sedap Ke Nasi Lemak Burung Hantu?
Jadi untuk rasa, overall bagi aku nasi lemak dia biasa je. Sambal nasi lemak tidak terlalu pedas, sesuai untuk yang tak makan pedas. Orang cakap ada rasa manis-manis kan, ya memang ada. For me ada rasa manis ni, macam dah bukan sambal pula.
Selain itu, untuk beras basmathi yang digunakan ok je. Ada rasa sedap sikit. Kemudian untuk ayam goreng berempah aku suka, sebab dapat panas-panas masa tu. Memang kena tunggu sejuk sikit la masa tu kalau nak makan. Lain-lain sama je rasanya.
Another point yang boleh bagi, nak makan sini selesa la. Ada aircond dan restoren pun besar. Boleh tampung ramai pelanggan dalam satu-satu masa. Cumanya masa aku datang, tak ramai pun. Mungkin cawangan ini sahaja la kot tak ramai.

Rasa biasa sama je macam Nasi Lemak Wanjo. Tak tahu la kenapa boleh viral. Mungkin juga sebab tak banyak restoren yang mengfokuskan menu nasi lemak sebagai menu utama. Disamping ruang makan yang disediakan cukup luas dan selesa.
BACA JUGA : Review Ayam Gepuk Artisan – Ayam Gepuk Paling Berbaloi
Nak repeat? Tidak la kalau ada pilihan lain. Bukan sebab rasa biasa, tapi sebab harga. Macam mahal sangat untuk sebuah hidangan nasi lemak. Ikut selera masing-masing. Dengan harga yang sama boleh pekena Nasi Kandar, boleh makan nasi goreng atau ayam gepuk sekali.