Dapatkan Air Percuma Sempena Birthday Di Coolblog

Aku rasa dalam banyak-banyak hadiah birthday yang boleh redeem, Coolblog paling best. Mana taknya korang boleh dapatkan air secara percuma sahaja. Tak perlukan kepada pembelian tambahan seperti tawaran-tawaran yang lain.

Walaupun tawaran ini telah dibuat lama, aku rasa untuk Coolblog ini kali pertama aku tebus untuk Birthday Treats. Sebelum ini aku tak tahu pun Coolblog ada aplikasi untuk buat tempahan secara online.

BACA JUGA : Tebus Buy 1 Free 1 Aiskrim Percuma Di Inside Scoop Sempena Birthday

Tapi masa birthday aku baru-baru ini, Coolblog dalam senarai yang ramai kongsikan boleh untuk tebus hadiah dan tawaran yang disediakan. Lepas tu tengok plak rupa-rupanya hadiah tersebut boleh dapat air secara percuma.

Jadi macam mana nak tebus air percuma daripada Coolblog?

Cara Tebus Air Percuma Coolblog Sempena Hadiah Hari Jadi

Jadi siapa-siapa yang tarikh Hari Jadi atau Birthday nya nak dekat, anda boleh masukkan list Coolblog untuk redeem hadiah ni nanti. Untuk caranya, anda boleh ikuti perkongsian dan panduan seperti dibawah.

Pastikan sebelum masuk bulan kelahiran anda, dah siap-siapa untuk download dan install aplikasi Coolblog di Play Store atau App Store. Seterusnya daftar akaun dan masukkan tarikh lahir. Jangan lupa masukkan kod SQSB14287 dan boleh dapatkan RM3 diskaun. Sebagai contoh, anda lahir bulan September, at least bulan Ogos dah install.

Seterusnya anda akan menerima Birthday Voucher pada tarikh Hari Jadi. Anda boleh tebus baucer tersebut dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Hari Jadi anda. Jadi anda mempunyai banyak masa untuk nikmati tawaran tersebut.

Jadi apa yang anda akan dapat?

Dengan baucer Birthday tersebut, anda boleh tebus 1x minuman saiz regular berharga RM10. Ini bermakna segala air Coolblog yang dijual bawah RM10, anda boleh dapatkan secara percuma. Jika air minuma tersebut lebih RM10, anda hanya perlu tambahan lebihan tersebut sahaja.

air percuma

Maca mana nak tebus air percuma tersebut?

Cara tebus, anda pergi ke mana-mana cawangan Coolblog seluruh Malaysia, kemudian buka aplikasi Coolblog anda. Seterusnya pergi bahagian Rewards > My Rewards > Birthday Voucher. Klik pada baucer tersebut dan akan dipaparkan Kod QR yang anda boleh gunakan untuk tebus air percuma tersebut.

birthday voucher Coolblog

Anda boleh order di kaunter dan seterusnye tunjuk kod QR tersebut atau boleh juga order secara online menggunakan aplikasi. Order seperti biasa akhir sekali masukkan Birthday Voucher pada ruang Voucers dan buat pembayaran seperti biasa.

cara redeem air percuma coolblog

Selesai

Pengalaman Tebus Tiramisu Chocolate Smoothies Coolblog Secara Percuma Sempena Birthday

Jadi pada bulan birthday aku iaitu September, aku sempat untuk tebus Birthday Treats ini daripada Coolblog di cawangan Temerloh. Aku pilih minuman Tiramisu Chocolate Smoothies untuk saiz regular dengan harga RM9.00 sahaja. Jadi sebab bawah RM10, aku dapat tebus percuma.

Aku order secara online menggunakan aplikasi iaitu sekitar 2 minggu selepas tarikh birthday. Paling best lagi dan rasa dihargai yang mana cawan minuman aku tersebut siap ada tulis ucapan ‘Happy Birthday’. Rasa dihargai la.

air percuma coolblog

Terima Kasih Coolblog untuk ucapan dan terima kasih juga untuk birthday treats. Nanti tahun depan boleh tebus lagi.

Leave a Reply