Jika baca media sosial, ramai yang harapkan Malaysia sekurang-kurangnya mampu berada di tempat ke-2 dalam Kumpulan A untuk mara ke semi final bagi kejohanan sulung FIFA ASEAN Cup untuk tahun 2026 kali ini.
Ini kerana melihatkan skuad Indonesia kini tampil dengan ‘full throttle’ apabila buat kali pertama telah menurunkan 100% pemain warisan ‘Belanda’ mereka dalam aksi pertama ketika menentang Singapura pada Jumaat yang lalu.
Disebabkan perkara tersebutlah peminat bola sepak tanah air merasakan skuad Harimau Malaya sekarang masih belum mampu untuk menandingin skuad Garuda. Jadi mengharapkan sekurang-kurangnya mampu ke meraih gelaran naib juara kumpulan dan mara ke peringkat separuh akhir.
Tiada Peringkat Separuh Akhir Di FIFA ASEAN Cup 2026
Ternyata ‘khayalan’ ini tidak benar. Ini kerana untuk kejohanan FIFA ASEAN Cup untuk Divisyen 1, tiada peringkat separuh akhir atau semi final. Sebaliknya hanya juara kumpulan yang akan mara ke peringkat seterusnya iaitu terus di final.
Jadi juara bagi setiap kumpulan akan bertemu di peringkat akhir sekali gus bersaing gelaran juara untuk edisi pertama kali ini.
Namun begitu, pasukan ditempat kedua turut akan bersaing di peringkat seterusnya. Tetapi kedua-dua pasukan tersebut hanya merebut tempat ke-3 sahaja.
Sama juga seperti Divisyen 2 yang mana hanya juara bagi setiap kumpulan sahaja akan bersaing untuk merebut gelaran juara. Berbeza dengan Divisyen 1 dimana tiada perlawanan penentuan tempat ketiga.
Skuad Harimau Malaya Perlu Menang Semua Perlawanan
Jadi bagi melayakkan Malaysia untuk bermain di final, mereka perlu mejuarai Kumpulan A mengatasi Indonesia, Singapura dan Bangladesh. Sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir juga menentang juara bagi Kumpulan B.
Malaysia dan Indonesia masing-masing telah meriah kemenangan dan peroleh 3 mata dalam perlawanan pertama apabila mengalahkan Bangaldesh 3-0 dan Singapura 2-0. Kini kedua-dua pasukan ini pula akan berentap di perlawanan kedua.
Saksikan siaran langsung Malaysia vs Indonesia pada 28 September 2026, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi saluran RTM di Sukan+ (MYTV CH111 & Astro CH806). Selain itu, boleh juga live streaming di RTM Klik.