Makin hari makin tak keruan oleh peminat ramai. Kudrat 1968 : High Council kini menjadi antara siri drama Astro Original yang pastinya wajib tonton bagi setiap peminat yang mengikuti siri ini bermula daripada episod awal lagi.
Untuk peminat siri High Council pasti sudah ketahui dimana Kudrat 1968 ini merupakan prequel kepada siri pertama Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council. Kali ini dibawa ke zaman permulaan bila High Council tersebut diwujudkan.
Siri ini unik daripada siri sebelumnya dimana hanya bersiaran sebanyak 4 episod sahaja. Akan tetapi pengakhiran kepada Kudrat 1968 hanya ditayankang di pawagam iaitu menerusi filem sahaja. Jadi selepas tengok drama, kena tengok filem di panggung wayang pula untuk ketahui cerita penuh.
Tarikh Tayangan Kudrat 1968: High Council Di Netflix
Kudrat 1968: High Coucil mula ditayangkan sebanyak 4 episod bermula pada 11 September 2026, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Citra 108. Juga boleh striming di platform Astro X3, Sooka dan turut ditayangkan di Netflix.

Jadi dalam tempoh 4 episod ini, sebenarnya bukanlah disiarkan secara 4 minggu terus. Akan tetapi Astro meletakkan gap 2 minggu tanpa episod baru selepas episod 2. Jadi orang ramai terutamanya peminat High Council tertanya-tanya bila tarikh tayangan yang sebenar?
BACA JUGA : Sinopsis Drama Siri Kudrat 1968: High Council Di Astro
Astro ada mengeluarkan timeline tayangan Kudrat 1968: High Council untuk 4 episod tersebut seperti dibawah :
- Episod 1 : 11 September 2026 (1968)
- Episod 2 : 18 September 2026 (Taat)
- Episod 3 : 9 Oktober 2026 (Tabah)
- Episod 4 : 16 Oktober 2026 (Teguh)
Jika anda lihat daripada timeline tersebut, tiada tayangan pada 25 September dan 2 Oktober. Jadi anda kena tunggu 2 minggu untuk episod seterusnya.

Setakat ini, tarikh tayangan filem masih belum disahkan. Hanya rumours yang mengatakan ditayangkan pada 29 Oktober 2026. Nanti pengumuman rasmi daripada pihak Astro berkaitan tayangan filem tersebut.
Waktu Tayangan Di Netflix
Selain daripada tayangan di Astro, anda juga boleh saksikan siri drama ini menerusi Netflix. Jadi orang ramai ada juga yang tertanya-tanya Kudrat 1968: High Council ini ditayangkan di Netflix setiap hari apa dan pukul berapa?
Jadi untuk pengguna Netflix, tarikh tayangan sama seperti di Astro, tetapi waktu tayangan adalah bermula pada 12.00 tengah malam. Anda boleh terus menonton di Netflix dengan klik DISINI.

Sebagai contoh, episod 1 ditayangkan pada 11 September 2026 dan akan disiarkan di Astro Ria pada pukul 9.00 malam. Jadi untuk episod 1 di Netflix, anda sudah boleh mula saksikan pada tengah malam tersebut lagi. Ya, anda boleh tonton lebih awal daripada tayangan Astro.
Sekarang anda dah tahu tarikh tayangan kesemua episod dan waktu tayangan di Netflix. Jadi terus support siri lokal ini hingga akhir yang akan ditayangkan secara filem di pawagam nanti.